Thursday, August 18, 2011

| Ramadhan | Huznuzon bukan Su'uzon

assalamualaikum~~
dan salam sejahtera..

entry kali ini adalah berkaitan huznuzon dan su'uzon sempena bulan penuh keberkatan ini.



  Huznuzon merupakan sesuatu mesej yang menyeru kita agar sentiasa berfikiran positif manakala Su'uzon adalah yang bertentangan dengannya dimana Su'uzon adalah berfikirian negatif.

Berfikiran positif akan mengajar kita untuk selalu bersifat baik dan haruslah dipraktikkan selalu sebagaimana diseru dalam Islam. Apabila kita menerima sesuatu informasi, tidak kiralah samada yang baik mahupun buruk, kita haruslah menyelidiki terlebih dahulu informasi itu. Disini, huznuzon mengajar kita agar jadi lebih penyabar dan matang dalam menilai sesuatu perkara.

 
    Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

  oke, disini putri nak bagi contoh:
Situasi:
Bayangkan rumate korang berdepan hampir 24jam dengan laptop.

Mind:
Su'uzon: hurm, ni mesti sibuk chatting ngan boyfren ni takpun mesti tengah usha jantan-jantan Hotstuff kat FB
Huznuzon: Kesian, mesti banyak assignment yang kena bagi lecturer ni



Timbulnya Su'uzon dalam diri kita akan menjebak kita dalam dosa kecil berlainan dengan huznuzon yang akan terhindar dari menambahkan dosa kecil. Bak kata H.R Muttafaqun Alaihi:

Jauhilah prasangka itu, kerana prasangka itu adalah pembicaraan yang paling dusta!

Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. 

Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.

Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

p/s: sekiranya kamu menyebarkan keburukan sahabatmu, pabila ia benar maka kamu telah membuka aib sahabat kamu dan sekiranya ia salah maka kamu telah melakukan fitnah keatas sahabat kamu sendiri.

No comments:

Post a Comment