Wednesday, August 31, 2011

| Fun tips | How to know your laptop's gender??

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
selamat menyambut syawal..

Laptop/computer ada gender ke?? mesti lah ada...nak tahu amacam?sebelum memulakan tips..Tips ni Putri creditkan kepada senior IM Putri, Abang Fizowl (korang boleh cari dia kat FB- click sini-

Firstly,
Run or Search your NOTEPAD

Secondly,
Type this into your NOTEPAD

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"




You may copy paste that line into your NOTEPAD






Thirdly,
Save your document as COMPUTER_GENDER.vbs
in any location you want to.




Finally,


Double click or enter the file and listen to the voice!!


whether your laptop is boy or girl...






OTHER TIPS:


You may edit the sentences at the underline word with your own word to get more fun


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"




But, make sure the format is ".vbs" 




GOOD LUCK!!!


You can ask me question if still don't understand this steps




p/s: ahaha BI putri hangkang lorh :P

Wednesday, August 24, 2011

| tips | How to survive in HOSTEL??

assalamualaikum
dan salam sejahtera..

heheh tajuk entry putri tu betul ke x??(tak pandai sangat BI ni hoho)
oke so hari yang sangat berbahagia ini, putri nak bagi tips macam mana nak survive kat hostel.
Putri faham, kat hostel takde sediakan dapur untuk MEMASAK tapi hari ini putri akan ajar korang memasak cara ILLEGAL wahaha kejam ke x?? ikuti selanjutnya...

So, murid-murid..
sediakan HEATER or SATERIKA korang.
benda ni adalah senjata utama korang but firstly pastikan semuanya bersih dan selamat oke ^^

1. MAGGIE


Cara nak masak ni mesti korang da tahukan??
Bagi student-student diluar sana, makanan ni lah yang buat kita survive ketika kita POKAI!! ahahah
So, korang mesti nak cuba selera lain kan??? especially for breakfast ^^

2. STERIKA expresso


TERKEJUT?? hahah maybe cara ni dah diketahui oleh mereka yang lain anyway putri akan ajarkan cara-cara bagaimana nak aplikasikan roti bakar ini menggunakan STERIKA

Langkah-langkah adalah seperti berikut:

1. Gosokkan sterika korang hingga bersih
2. ALaskan tisu or kain kat papan sterika
3. Letakkan ROTI korang dan lapis lagi dengan tisu or kertas (bagi mengelakkan kotoran)
4. Tekan dan gosok sehingga kering
5. Terbalik-balikan roti korang oke ^^
6. Hasil kadang-kadang bergantung dengan cara korang heee tapi mostly, roti bakar ini akan KEMPIS but ranggup

Langkah-langkah aplikasikan sterika kat roti bakar boleh di buat untuk NUGGET


Jangan terkejut oke...tapi klo nak aplikasikan sterika kat nugget perlukan masa yang sedikit lama sebab nak keringkan kelembapan kat dalam isi nugget tu.


3. Magic HEATER

Move to new application,
sekarang putri akan ajar korang untuk buat telur rebus (alah ni benda basic aja ^^).


Langkah-Langkahnya:
1. Isikan heater korang dengan air (ikut paras air yang ditetapkan oke)
2. Masukkan telur dan tekan sius ON
3. Tunggu telur rebus ini matang (Air dah masak maknanya da masaklah telur tu hehe)
4. Klo korang nak reuse balik air telur tu nak minum pastikan korang basuh dulu telur ayam tu oke hihih
 klo nak masak telur masin pon boleh juga bah

owh ya, klo korang suka telur rebus..korang kena rajin-rajinlah jenguk telur tu kat heater oke :)
nak sosej??boleh apa salahnya



SOSEJ? maybe ada yang belum try kan.
tapi yang putri nak ajar ni just SOSEJ REBUS yang mana sesuai campur ngan roti juga hohoh

Langkah-langkah nak aplikasi ni senang dan sama seperti telur rebus cuma apa yang kurangnya..
Sosej ini perlu dipotong dan masukkan di dalam kontener.

Kemudian masukkan air yang baru lepas mendidih then tutup. Ini kerana mengelakkan sosej menjadi sangat LEMBIK..

BUT, if korang nak masak sekali dengan telur rebus pun "no hal" because apa yang penting, korang kenalah rajin-rajin jenguk heater tu..

dan if nak removekan sosej rebus dari heater yang sedang ON.. sila pastikan sudu or apa-apa korang tu bukan besi atau benda yang boleh menyerap arus elektrik. (Gila...korang nak kena KARAN ke ? dasyat2)..

Langkah terakhir...pandai-pandailah korang bawa RICE COOKER secara haram kat dalam hostel oke wahahah kidding,,,,
korang tapaulah bah nasi kat cafe or dewan makan..tak susah pon ^^

Hurm..so amacam?nak try? putri dah try (biasalah student hidup sendiri) so apa-apa pun just take care dan SAFETY FIRST oke ^^

p/s: SELAMAT MENCUBA :)

Klik to enlarge (doodle putri tak kiut kan?huhuh)




Sunday, August 21, 2011

| Jiwa Remaja | Ertinya sebuah cinta?

assalamualaikum
dan salam sejahtera..

Sudah banyak kita dengar bahawa cinta itu buta, cinta itu membunuh tapi ada sesetengah mereka yang tidak tahu  apakah erti cinta sebenarnya. So, putri pon menjoinkan diri dengan segmen Blog Jiwa ni: Erti sebuah cinta kepada anda?




demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki
andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat

mesti korang tahukan lirik lagu kat atas?? nukilan Element: Cinta tak bersyarat..
bagi putri, erti sebuah CINTA itu:

Cinta tak memilih siapa dan usianya
Cinta juga tidak seharusnya memiliki

Kadang, cinta itu kejam

Melukai hati suci

Malah, cinta itu juga membuat kita tak keruan

Merelakan segala kesedihan

dan kerna cinta itu juga 

Kadang membuat kita matang

Membuat kita alpha dengan duniawi

Sebuah cinta itu 

perlukan ikatan

Kerna cinta itu Halal

Mencintai mereka dengan apa adanya

Memberi mereka rasa yang tak pernah dirasai

merawat luka silam

Dan kerna cinta itu

Suatu hal yang terbesar

sehingga kita terkadang menangis

Cinta itu juga merubah apa yang kurang

Mencintai pada yang satu

Melahirkan kebahgian

dan kerna cinta

kita belajar menjadi seorang superhero

namun

ERTI SEBUAH CINTA YANG SEBENARNYA

Menyintai dan setia pada Yang Esa

kerna CINTA ITU adalah abadi


hihi..putri bagi erti cinta guna puisi..amacam boleh x??hurm apa-apa pun, bagi putri CINTA ITU TAK SEMESTINYA MEMILIKI dan CINTA ITU JUGA SATU KENYATAAN samada MANIS ataupun PAHIT :) 
klik untuk mendapatkan cinta sebenar

p/s: bagi putri..cinta itu bukan suatu keseronokan tapi satu perkorbanan
 

Saturday, August 20, 2011

| anda rasa? | Nenek meninggal dunia, ubi punya pasal?

assalamualaikum
dan salam sejahtera

putri dapat keratan ayat ni hehehe dari FB group Student Sabahan di Uitm Samarahan
cuba korang tengok macamana media massa masing-masing menghangat-hangitkan topik ini..

Satu Berita Seribu Interpretasi

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

| renungan | akibat derhaka terhadap ibu

assalamualaikum
dan salam sejahtera..
hari ini putri nak share dengan readers tentang kisah benar yang pernah berlaku kat sabah. Cerita ini, putri dapat dari member FB putri " Iqbal "

"Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.


 "Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.


 "Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. 


"Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya.


 Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. 


"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
 Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". 


"Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. 


Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.


 "Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. 
"Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.


 Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.


 "Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
 "Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
 "RM 20 aja! " si gadis berkata. 
"Tak ada," jawab ibunya. 
"Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
 "Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, "Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " 
"Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "


 Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

"Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.


 Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. 
     Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. 


Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."


 "Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." 


Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. 


"Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
 "Apa pasal," Si ayah bertanya. 
"Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas. 


Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


 "Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.


 "Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. 


"Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. 
"Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. 


"Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
 "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. 


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. 


"Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
 "Habis anak saya ?" tanya si bapa.
 "Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.


 Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. 


Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. 


"Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. 
"Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana .


 Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan.


 Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. 


"Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. 
"Boleh aku tengok budak tu?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. 
"Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
 "Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. 


Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. 


Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; 


"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. 
" Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.


 Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. 


"Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. 


Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap 


" Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.


 Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya. 


Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. 


Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. Allah Maha Agung...


sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.


p/s: Hargailah mereka, syurga itu ditelapak kaki ibu..semua ini kuasa Allah

| Segmen Abang Ben | Blog pilihan saya ?


assalamualaikum
dan salam sejahtera..

Tadi putri buat jejalan belog kat blog abang Ben then rasa nak join segmen pon ada juga heheh so apalagi putri pon nak menjoinkan diri lah dalam SEGMEN BLOG PILIHAN SAYA IALAH...

Pencarian 10 blog pilihan telah bermula..taraaaaa siapakah yang terpilih???

1. miss Paris:
> Hello miss, putri pilih blog miss coz it's AWESOME!!!
>Cute
>Simple
>Girly
>Rasa seperti di Paris (OMG! Paris tempat pilihan putri)
>Sweet blog
> apa-apa pun, putri suka cara miss Paris menghias blog miss..ada masa ajar putri menghias ek hehehe

2. En.Faris:
>Hallo en. Faris, blog anda telah terpilih coz it's GOJES
>first2 masuk blog en.faris, putri pon wow!! cutenyer...tak sangka laki pon pandai gak menghias belog..leleh liur tengok eheh
>Hurm, simple n smart
>putri tetiba jadi speechless
>anyway, Gudluck ^^

3. Mr.Amri
> Belog anda terpilih sebagai pilihan putri sebab simple
>nice
>kandungan yang ada pon menarik aty
>well, blog Mr pon suka buat entry yang lawak2 so...dapat juga mengubat hati lara putri hikhik

4. So pelik?
> Simple but smart
>entry yang menarik
>boleh buat putri terWOW-WOW baca entry yang ada
>Boleh gak cari-curi idea nanty hahaha jangan marah ek..

5. Miss Nadya
> Nak cakap belog miss soooooo PINKY!! (hellooo im pink maniac also hee)
>Cute
>Mata naek jadi bular tengok-tengok blog miss
>Speechless udah putri ni hoho anyway cute blog hunne

6. say-it
>Pinky gitu
>simple and nice looking
>owh ya, i love the tutorial ^^

7. segar-bugar
>belog yang boleh buat minda kita segar :)
>simple
>senang nak loading
>ada info2 agama juga ..bagus2 :)

8. Sir Lo'am
>Hey!! cute header hehe rasa nak jadi budak lagi huu
>ada gossip2,info2 tu yang best
>hiasan belog taklah crowded
> Super cool... :)

9.kkoi
>Super AWESOME
>Black n white such ninja
>simple,hotstuff
>coooollll
>banyak info juga hehe

10. Mr.Ikmal
>belog paling simple n kemas
> Apa lagi ek?hurm DOREMON tu !! argh!! im anime maniac,,gegege
> Anyway selamat maju jaya ^^

p/s: fuh! selepas jejalan mencari blog pilihan, akhirnya dapat gak cari mereka hehe oke anyway selamat berjaya sume :)

Friday, August 19, 2011

| coming Syawal | setitik rasa kasih itu

assalamualaikum
dan salam sejahtera

lampu pelita dah nak dipasang, meriam buluh mula kedengaran dikampung-kampung. Tak lama lagi hari raya akan tiba, tetiba pulak putri rasa sedih sebab tahun ni tak dapat beraya dengan family( dah nama study jauh-jauh :( )

So, bagi korang yang dapat beraya dengan family, korang hargai lah masa penting seperti ini.
Bersalam-salaman, insaf- insafi, buang yang keruh ambil yang jernih.
Dendam tu..heshh..buanglah jauh-jauh oke?

anyway, putri nak buat sedikit puisi berlagu pilu sempena readers yang tak dapat beraya dengan family dikampung.

takbir raya terdengar kuat,
terasa pilu hati mendengar lagu raya,
orang berpulangan ke kampung,
aku sendiri disini,
diperantauan menumpang kasih orang,
saat tidak bersama,
terasa rindunya saat kanak-kanak
bermain bunga api,
salam-menyalami,
dapat angpau,
tapi sekarang semua sudah berubah,
aku sendiri disini merayakan aidilfitri dimalam hari,
ibu ayah,
maafkan daku kerna tidak dapat bersama kamu,
tidak dapat mengucup salam tanganmu
betapa pilunya hati ini
terasa seakan bertahun sudah lamanya
kita berpisah
andai ada salah dan silap
ampunkanlah anakmu ini
kerna aku sangatlah menyayangi
kamu..
selamat menyambut hari raya ayah,
selamat menyambut aidilfitri ibu.
:( :( :(

p/s sedihnya putri takdapat balik beraya huhuh anyway, ni doodle yang simple gilak2 heheh


Thursday, August 18, 2011

| Ramadhan | Huznuzon bukan Su'uzon

assalamualaikum~~
dan salam sejahtera..

entry kali ini adalah berkaitan huznuzon dan su'uzon sempena bulan penuh keberkatan ini.



  Huznuzon merupakan sesuatu mesej yang menyeru kita agar sentiasa berfikiran positif manakala Su'uzon adalah yang bertentangan dengannya dimana Su'uzon adalah berfikirian negatif.

Berfikiran positif akan mengajar kita untuk selalu bersifat baik dan haruslah dipraktikkan selalu sebagaimana diseru dalam Islam. Apabila kita menerima sesuatu informasi, tidak kiralah samada yang baik mahupun buruk, kita haruslah menyelidiki terlebih dahulu informasi itu. Disini, huznuzon mengajar kita agar jadi lebih penyabar dan matang dalam menilai sesuatu perkara.

 
    Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

  oke, disini putri nak bagi contoh:
Situasi:
Bayangkan rumate korang berdepan hampir 24jam dengan laptop.

Mind:
Su'uzon: hurm, ni mesti sibuk chatting ngan boyfren ni takpun mesti tengah usha jantan-jantan Hotstuff kat FB
Huznuzon: Kesian, mesti banyak assignment yang kena bagi lecturer ni



Timbulnya Su'uzon dalam diri kita akan menjebak kita dalam dosa kecil berlainan dengan huznuzon yang akan terhindar dari menambahkan dosa kecil. Bak kata H.R Muttafaqun Alaihi:

Jauhilah prasangka itu, kerana prasangka itu adalah pembicaraan yang paling dusta!

Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. 

Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.

Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

p/s: sekiranya kamu menyebarkan keburukan sahabatmu, pabila ia benar maka kamu telah membuka aib sahabat kamu dan sekiranya ia salah maka kamu telah melakukan fitnah keatas sahabat kamu sendiri.

SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM

assalamualaikum ~.~
dan salam sejahtera..

hari ni putri nak buat entry pasal SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM dari segmen Abg Ben ni.


Banyak yang tak sedar betapa pentingnya berjimat-cermat tak kiralah dari segi apa dan bentuk apa. Memandangkan kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh serba serbi malah sumber yang kita ada lebih dari cukup apa yang kita perlukan.(itupun kita masih tamak)


Cubalah kita renung dalam-dalam,
kita bazirkan air dan makanan padahal diluar sana masih banyak lagi memerlukan. Pernah mumy putri bagitau "Jangan membazir, banyak lagi yang hidup miskin dari kita".
dari apa yang kita patut ambil dari sini bahawa tak semua orang bernasib baik sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia, Yang miskin sekalipun masih mampu makan dan minum sedangkan diSOmalia, belum tentu makan minum mereka teratur.


Oleh itu, kita haruslah bersyukur..
dibulan ramadhan ini, banyak2kanlah sedekah.
lihatlah rakyat somalia yang lemah dan susah, mereka perlukan bantuan kita..marilah menabung dan buat donation untuk mereka bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" dan janganlah kita menjadi "kera sombong" kerana apa yang kita miliki sekarang ini.




Kita ringan2kanlah bebanan mereka,
beri mereka sokongan..bahkan mereka juga beragama Islam seperti kita.
mereka juga ingin hidup seperti kita,
sedangkan pipit ingin terbang bersama enggang
inikan pulak mereka yang ingin bersama kita
Marilah, salurkan sumbangan 
ringankan beban


SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM!!!!

Wednesday, August 17, 2011

l hot l perempuan dah tak suci, siap yang bersalah?

assalamualaikum ~~
dan salam sejahtera..

sebelum memulakan entry, putri nak minta maaf sebab buat entry yang maybe menyinggung perasaan readers but tujuan putri buat entry ni sebab nak memberi sedikit info-info yang berkaitan. Entry ini tidak berkait dengan sesiapa samada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia. entry ini hanyalah sebagai renungan sahaja.

PEREMPUAN DAH TAK SUCI, SIAPA YANG BERSALAH?

kita tidak boleh memandang perkara ini hanya sebelah mata sebab bukan semua orang sama dan maybe apa yang dah berlaku itu ada reasonnya.

1. Rogol
Banyak kes yang berlaku disekeliling kita seperti kes rogol ini. Hal ini menunjukkan bahawa bukan hanya perempuan yang bersalah dalam hal ini. So, cuba kita menilai dari perspektif yang berlainan.
   
    Perempuan yang dirogol adalah suci disisi agama sekiranya dia seorang yang menutup aurat dan tidak mendedahkan anggota badan yang tidak sepatutnya dilihat oleh yang bukan muhrim. Bahkan, mereka yang dirogol ini adalah orang yang teranaiya dan memerlukan perlindungan, janganlah sesekali kita memandang serong dan jijik kepada mereka kerana bukan ini yang sebenarnya mereka mahukan. (malangkan tidak berbau). Bagi yang dah nak berkahwin, korang kenalah berterus-terang dengan pasangan korang tentang apa yang dah berlaku dekat korang dan bagi mangsa, sebaiknya janganlah berahsia dengan family akan musibah yang dah ditimpa ke atas kamu. Sesungguhnya, ubat yang terbaik merawat sesuatu luka itu adalah dorongan orang yang terdekat. Disini, yang bersalah adalah kaum adam yang terbabas dari landasan agama. (moga-moga mereka diluar sana sedar dan bertaubat).

   Perempuan dirogol kerana mendedahkan aurat kepada masyarakat. Mereka ini seakan tidak berhati-hati dalam menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Bukan putri nak blame ka apa cuma nak beri sedikit kesedaran akan betapa pentingnya menjaga maruah kerana DARA CUMA SEKALI dalam seumur hidup. Kes rogol terjadi kerana lelaki tergiur dan berahi melihat sesuatu yang menghairahkan dan tidak hairanlah bila perempuan yag diluar sana yang berpakaian seksi-seksa bakal diragut kePERAWANANnya oleh orang yang tidak halal baginya. Oleh itu, yang bersalah dalam hal ini adalah perempuan dan lelaki kerana tidak dapat menjaga nafsu mereka. Sebagai kesimpulannya, marilah kita menjaga maruah kita sebagai seorang peempuan dari mata-mata buas sana.(nanti bakal suami pulak rasa sedih bila tahu perkara macamni).


2. Terlanjur
Biasalah, dunia sekarang dah semakin maju dan perkara DARA tu bagai dah tak penting pulak. Putri rasa sedih bila terbaca satu keratan majalah lama yang berkaitan dengan dara. mereka cakap "bagi kami, dara tu tak penting dan apa yang penting ENJOY!! (macam kata Nora Danish). Ada lagi satu " bagi kami, siapa yang masih dara akan diejek dan dipulaukan". Apa punya manusia macam ni...esh..esh..esh..


   Kat bahagian ni, budak-budak sekarang dah tak ingat mana yang halal dan mana yanh haram. Bagi dorang, keseronokan tu ada, dosa pahala belakang kira. Sudah menjadi perkara biasa mereka melakukan TUT dengan pasangan meraka dan ada yang tidak malu untuk bertukar-tukar pasangan. Tidakkah dorang tahu pasangan yang dorang bertut tu akan mencari pasangan yang suci dan alim? putri pernah tanya seorang kawan laki.dia ni playboy then apa yang da cakap bila putri cakap "tu ke gf ko?seksi?" dia balas "tu bikin main jak bah, buat bini mok cari yang alim2 dan bertudung". Nah!! so? kesimpulannya, perempuan bersalah kerana murah-murah memberi kepercayaan kepada lelaki yang selalu suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

   Bukan apa, sekarang dah banyak kes gugur dan buang bayi. Tak tahu ke dahlah berzina, pastu mengandungkan anak luar nikah g, then mahu gugur, mahu buang? esh-esh-esh sungguh tak berperikemanusiaan betul. Sedarlah, masih banyak diluar sana yang berusaha mendapatkan anak. Jangan jak bila dah terhantuk baru nak terngadah, dah conteng arang kat muka keluarga nak malukan mereka lagi. Siapa yang tak tension kena ceca-ceca masyarakat.


hurm, rasa- dah kering otak nak memerah ni ahahah anyway bagi readers, putri nak minta maaf bebanyak coz buat entry HOT tyme tengah hari yang hothot-dog ni. Sory strawberi,kura2 naek lori ek.. :)

Sedikit tips bagi perempuan-perempuan malang diluar sana: putri pernah terbaca satu artikle yang cakap dara boleh terrawat sekiranya mereka hanya dirogol sekali dan apa yang kamu perlu buat, elakkan melakukan perTUt selama 4/5 tahun(jangan buat lagi k tunggu yang halal setja). InsyaAllah, dengan doa dan kesabaran keajaiban mungkin berlaku. Putri tak cakap benda ni boleh repair tapi just share apa yang putri baca dan dengar.

Jamu?maybe boleh kot dan kena ingat, jangan sesekali repair korang punya dara kat bomoh2 yang guna duit banyak2 tu n yang penting sekali DONT TRY THE FAKE HYMEN yang CHINA buat tu..tu MENIPU namanya oke ^^

Salam santai semua ~.~

Friday, August 12, 2011

CERITERA :: Umar bin Khattab: Memimpin perang dari jauh



            Khalifah Umar bin Khattab menghantar pasukan perang ke negeri Parsi untuk memerangi oran-orang kafir disana. Maka terjadilah pertempuran sengit diantara kedua-dua pasukan itu di Nahawand. Jumlah pasukan musuh sangat besar berganda-ganda dari jumlah pasukan Islam sehingga akibatnya pasukan Islam hampir kucar kacir. Ketika itu Khalifah Umar bin Khattab yang berada di Madinah sedang berkhutbah di atas mimbar. Tiba-tiba beliau berteriak kuat-kuat: “Wahai pasukan bukit!! Barangsiapa yang membiarkan serigala memakan kambing adalah zalim”
            Kaum muslimin yang hadir didalam masjid menjadi hairan melihat Khalifah memberikan arahan perang ditengah-tengah berkhutbah dan dari atas imbar pula.
            Sementara di medan peperangan lain pula halnya. Pasukan kaum muslimin yang hampir berputus asa, tiba-tiba terdengar suara yang membangkitkan semangat.
            “Itu adalh suara Amirul Mukminin”. Kata mereka.
            Maka mereka pun mau lagi ke medan perand dengan menggunakan strategi baru. Akhirnya atas semangat dari Umar bin Khattab itu, mereka berhasil mengalahkan pasukan musuh yang jumlahnya berganda-ganda. Allah telah memperdengarkan suara Umar bin Khattab kepada pasukan kaum muslimin sekalipun jarak antara Madinah dengan medan tempur beratus-ratus batu. Ada yang mengatakan bahawa wajah khalifah Umar juga terlihat di atas bukit tempat mereka bertempur.***
            Suatu hari, terjadi gempa bumi di zaman Khalifah Umar bin Khattab. Maka Umar memuji Allah kemudian memukulkan tongkatnya kebumi sambil berkata: “Hai bumi, diam engkau!! Apakah aku tidak berlaku adil diatas permukaanmu?”
            Gempa bumi itu berhenti serta-merta dan keadaan bumi tenang semula.
            Dalam hal ini Imam Haramain berkata bahawa Khalifah Umar bin Khattab itu dalah betul-betul kepala negara zahir dan batin. Khalifah Allah di bumi-Nya dan khalifah Allah untuk isi bumi. Dia mencela bumi sebagaimana dia mencela penduduknya kerana kesalahan yang diperbuat oleh mereka.

Source:
Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar. (1997). Kisah 85 kekasih Allah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

CERITERA :: Abu Bakar Ash-Shiddiq: Menerka bayi dalam perut




          Abu Bakar Ash-Shiddiq mempunyai kebun kurma yang menghasilkan 20 ausuq kurma. Apabila hampir wafat, beliau berkata kepada Aisyah binti Abu Bakar. “Wahai anakku. Demi Allah!! Tidak ada seorang kaya pun yang paling kucintai sepeninggalku selain engkau. Demikian juga tidak ada seorang fakir pun yang paling aku cintai sepeninggalku selain engaku. Aku telah meninggalkan 20 ausuq kurma sebagai harta warisan.
          Engkau mempunyai 2orang adik-beradik lelaki dan 2 orang perempuan (selain Aisyah). Maka bagilah harta warisan itu menurut kitab Allah.”
          “Wahai ayahku, demi Allah!! Jika begini begitu, lebih baik aku tinggalkan saja. Tapi, yang aku tahu saudariku Asma’, siapa lagi?” Tanya Aisyah.
          “Masih ada didalam perut. Aku tahu dia adalah seorang perempuan” jawab Abu Bakar.
          Setelah anak itu lahir, ternyata betul ia adalah perempuan.

Dalam peristiwa di atas, ada 2 kekeramatan Abu Bakar. Yang pertama: Beliau mengetahui bahawa beliau akan wafat dalam sakitnya itu. Dan yang kedua: beliau mengetahui bahawa anaknya yang bakal lahir adalah seorang perempuan. Begitulah keterangan At-Taji Subki.
          Fakhrurrazi dalam menafsirkan surah Al-Kahfi menyebutkan bahawa ketika jenazah Abu Bakar dibawa ke kuburan yang terletak disisi Rasulullah s.a.w, orang yang mengucapkan salam; “Assalamualikum ya Rasulullah, ini Abu Bakar didepan pintu”.
          Tiba-tiba pintu terbuka dan terdengar suara; “sila masukkan kekasih itu kepada kekasihnya.”

Source:
Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar. (1997). Kisah 85 kekasih Allah. Kuala               Lumpur: Darul Nu’man.

CERITERA ::Abu Bakar Ash-Shiddiq: Dimakan semakin banyak


   Abdurrahman bin Abu Bakar menceritakan suatu keajaiban yang dialami oleh keluarga ayahnya. Suatu hari, 3 orang tetamu datang ke rumah Abu Bakar, sedang beliau sendiri ketika itu pergi ke rumah Rasulullah s.a.w dan makan malam bersama baginda. Setelah jauh malam barulah Abu Bakar pulang ke rumahnya.

“Mengapa anda begitu lama meninggalkan tetamumu?” tanya isteri Abu Bakar.
“Adakah engkau tidak beri mereka makan?” kata Abu Bakar.
“Mereka enggan makan sehingga engkau datang.” Kata isterinya.
“Demi Allah! Aku tidak akan memakannya buat selama-lamanya” kata Abu Bakar.

Kemudian dia berkata kepada tetamunya. “Sila Makan”.
“Demi Allah!! Setiap kami mengambil sesuap makanan, dibawahnya bertambah lebih banyak dari semula. Kami semua sudah kenyang akan tetapi sisa makanan bertambah banyak dari sebelumnya.” Jawab salah seorang diantara mereka.

   Abu Bakar melihat pada makanan yang dihidangkan dan ternyata ia tidak berkurangan malah bertambah banyak dari sebelumnya

“Hai perempuan, mengapa begini?” kata Abu Bakar kepada isterinya.
“Tidak tahulah. Tiba-tiba makanan itu menjadi 3x ganda dari sebelumnya.” Jawab si isteri.
Abu Bakar pun melihat makanan itu kemudian berkata: “Ini hanyalah kerja syaitan”.

    Kemudian Abu Bakar membawanya kepada Rasulullah s.a.w dan ada disisi baginda.
Abdurrahman berkata: “Sebelum ini kami pernah mengikat perjanjian dengan suatu kaum. Setelah beberapa masa berlaly, kami berpecah-belah menjadi 12 kelompok, yang ada dalam setiap kelompok ada seorang pemimpin. Hanya Allah yang tahu jumlah pengikut setiap kelompok itu yang sebenarnya. Hanya yang pasti Abu Bakar menghantar makanan itu kepada kelompok-kelompok itu dan mereka makan sehingga kenyang”.                    

                                      (Maksud Hadis Riwayat Bukahri dan Muslim)


Source:
Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar. (1997). Kisah 85 kekasih Allah. Kuala           Lumpur: Darul Nu’man.