Friday, August 12, 2011

CERITERA :: Umar bin Khattab: Memimpin perang dari jauh



            Khalifah Umar bin Khattab menghantar pasukan perang ke negeri Parsi untuk memerangi oran-orang kafir disana. Maka terjadilah pertempuran sengit diantara kedua-dua pasukan itu di Nahawand. Jumlah pasukan musuh sangat besar berganda-ganda dari jumlah pasukan Islam sehingga akibatnya pasukan Islam hampir kucar kacir. Ketika itu Khalifah Umar bin Khattab yang berada di Madinah sedang berkhutbah di atas mimbar. Tiba-tiba beliau berteriak kuat-kuat: “Wahai pasukan bukit!! Barangsiapa yang membiarkan serigala memakan kambing adalah zalim”
            Kaum muslimin yang hadir didalam masjid menjadi hairan melihat Khalifah memberikan arahan perang ditengah-tengah berkhutbah dan dari atas imbar pula.
            Sementara di medan peperangan lain pula halnya. Pasukan kaum muslimin yang hampir berputus asa, tiba-tiba terdengar suara yang membangkitkan semangat.
            “Itu adalh suara Amirul Mukminin”. Kata mereka.
            Maka mereka pun mau lagi ke medan perand dengan menggunakan strategi baru. Akhirnya atas semangat dari Umar bin Khattab itu, mereka berhasil mengalahkan pasukan musuh yang jumlahnya berganda-ganda. Allah telah memperdengarkan suara Umar bin Khattab kepada pasukan kaum muslimin sekalipun jarak antara Madinah dengan medan tempur beratus-ratus batu. Ada yang mengatakan bahawa wajah khalifah Umar juga terlihat di atas bukit tempat mereka bertempur.***
            Suatu hari, terjadi gempa bumi di zaman Khalifah Umar bin Khattab. Maka Umar memuji Allah kemudian memukulkan tongkatnya kebumi sambil berkata: “Hai bumi, diam engkau!! Apakah aku tidak berlaku adil diatas permukaanmu?”
            Gempa bumi itu berhenti serta-merta dan keadaan bumi tenang semula.
            Dalam hal ini Imam Haramain berkata bahawa Khalifah Umar bin Khattab itu dalah betul-betul kepala negara zahir dan batin. Khalifah Allah di bumi-Nya dan khalifah Allah untuk isi bumi. Dia mencela bumi sebagaimana dia mencela penduduknya kerana kesalahan yang diperbuat oleh mereka.

Source:
Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar. (1997). Kisah 85 kekasih Allah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

No comments:

Post a Comment