Thursday, March 31, 2011

hari ini dan seterusnya

hari ini aku datang sendiri
membawa diri pergi menjauh
hari ini
aku sendiri lagi menyulam simpul
ikatan terlerai
entah sampai bila akan berakhir sebuah rasa
rindu ini padanya
hari ini aku sendiri lagi
menangis sepi keeorangan..
seterusnya aku masih lagi sendiri
tersendu sepi tanpa mu disisi..
inginku kau sentiasa ada di mana ku berpijak
memelukku, membelaiku disaatku lemah
apa kah ini semua dugaan buatku?
tuhan kenapa berat sangat kau uji aku
kau buat aku terkedu sendiri lagi..
sudahlah
aku penat lalui hari sepiku tanpamu
kini,
kembalilah kau padaku
ikatkan kembali rasa
itu
yang telah lama ditinggal sepi
menelan kisah silam yang penuh
memori..


disaat itu,
aku terfikir sampai bila aku begini..

Wednesday, March 30, 2011

cerpen: matahariku, sirnanya..

Segarnya angin petang ini.Lembut sahaja membelai wajahku apatah lagi terasa akan kedinginannya yang amat mendamaikan jiwa.Alangkah baiknya jikalau aku menjadi angin,menjadi bayu yang mampu mendamaikan jiwa disetiap manusia.Aku tidak tahu harus bagaimana lagi yang hendak ku lakukan untuk menjadi setia pada yang satu.Setelah sekian lama engkau meninggalkan diriku tanpa pamitan dariku untuk menemui-Nya.
Hisyam namamu masih tetap dihatiku.Kaulah segalanya buatku,kaulah matahariku dan tanpa kau hidupku terasa sunyi dan gelap namun mengapa harus diriku ditinggalkan disaat aku mulai merasa akan kasih sayangmu yang semakin hari semakin membahagiakan diriku.Ya tuhan!!mengapa terlalu berat dugaan yang engkau kirimkan kepadaku??aku tak mampu menghadapinya!! Namun aku seharusnya pasrah kerana mungkin ada hikmah disebalik peristiwa yang telah engkau jadikan ini.Beratnya beban perasaan yang aku alami ini.Seakan-akan aku tak bisa untuk meneruskan disisa waktu ku ini.
“Mira,masuk rumah nak…hari dah nak gelap tu tak lama lagi maghrib”jeritan kecil ibu yang mengejutkan aku dari lamunan yang telah menghanyutkan diriku sehingga melupakan kewajipan yang harus ku selesaikan terlebih dahulu.Aku masuk kedalam bilik peraduanku bersama Hisyam suatu masa yang dulu untuk membersihkan diri sekali gus menunaikan solat.
Selesai mandi,aku segera membentangkan sejadah dan terus menunaikan solat dengan khusyuk tanpa sebarang gangguan.
“Ya Allah,engkau tempatkanlah arwah suamiku dikalangan orang-orang yang beriman…engkau ampunkanlah dosa-dosanya.Ya Allah,engkau bimbinglah aku untuk terus hidup menghadapi dugaanmu ini.Sekalipun aku seakan-akan tewas namun aku tahu engkau pasti tidak akan membiarkan umatmu lemah…Ya Allah,terangilah disetiap jalan hidupku dengan cahaya Nur-Mu..Aminn”.Aku mengakhiri doaku dan tanpa aku sedari airmata ku jatuh perlahan-lahan menuruni kolam mataku membasahi pipi.
Terlalu banyak kenangan indah tika bersamamu dan tak mungkin ku lupai begitu sahaja setelah engkau ajarkan erti kebahagian kepadaku,Hisyam.Ah!!aku rindu padamu,abang.
Segera aku meninggalkan kamarku kerana tidak mahu mengingati kenangan yang menjeratkan jiwaku.Kedengaran suara riuh-rendah di ruang tamu.Mentuaku!!betapa rindunya aku kepada mereka dan memang salahku kerana terlalu sibuk sehingga tidak ada masa menziarahi mereka.Tanpa melenggahkan masa,aku segera berlari ke arah mentuaku dan terus memelukinya.
“Umi,abah apa khabar?Mira minta maaf sebab lama tak dah ziarahi Villa Aszrizah”
“Orang-orang kat sana sihat?Umi dan abah sihat?”tanyaku bertubi-tubi mungkin didorong rasa rindu yang mendalam kepada mereka,bekas mentuaku dan aku tetap menganggap mereka sebagai mentuaku walaupun pada zahirnya berbeda.
“Kami semua sihat nak..ni umi dengan abah datang nak bawa Mira kerja kat firma abah ni”
“Mira setuju tak nak teruskan perusahaan Hisyam?”soal umi ketika aku mendiamkan diri tanpa sebarang kata.Bukan kerana gembira tetapi kerana nama yang baru sahaja disebutkan.Seraya itu,aku menganggukkan kepala tanda setuju kerana aku juga sememangnya tidak mahu perusahaan arwah suamiku terbengkalai begitu sahaja.Terasa hangatnya pelukan dan ciuman yang umi berikan kepadaku mungkin dia berasa gembira.
Maka bermulalah kehidupan yang baru….
Tapi sebelumnya…..

“Mira taknaklah nikah dengan Hisyam tu..tahu menyakitkan hati Mira jer lah bu”luahku kepada ibu.
“Alahai,kamu ni da ada yang mahu dengan kamu tu terima je lah..nanti anak ibu kena gelar andartu pula”lawak ibuku yang semestinya ditujukan kepadaku.Walhal aku sangat bencikan Hisyam kerana perangai berfoya-foyanya itu apatah lagi dengan kesombongannya yang bagaikan nak rak!!uh!!benci sangatttt…
Kedengaran lagu 3 detik bergema daripada ‘handset’ku.Itu bermakna ada panggilan masuk..
“Assalammualaikum,nak apa lagi ni Syam call orang tetiba…ganggu je tahu”marahku pada Hisyam.Kedengaran ketawanya dicorong telefon seolah-olah mempermainkan aku.Cis!!jahanam betul..
Dia sahaja nak menelefonku katanya nak kacau aku .Aduhai,dasar lelaki buaya darat betul anak Dato Kamirul ni,bentakku dalam hati.
Tidak dapatku bayangkan hidupku dengan Hisyam ni bila dah nikah.Meremang bulu tengkukku kerana seram sejuk jadinya mengenangkan saat-saat yang bakal aku hadapi sehidup dan semati pada suatu masa yang akan datang.Ah!persetankanlah semua fikiran burukku ini.’Lebih baik aku selesaikan kerja yang tertangguh ni dahulu’ menolog ku sendiri.Laju sahaja tanganku mengetuk-getuk keyboard laptopku ini memasukkan dokumen-dokumen penting untuk pembentangan kertas kerja nanti.
Sedang aku sibuk menaip kertas kerja bagaikan terasa ada sesuatu yang bergerak-gerak di bahu ku dan dengan kepantasan yang melebihi had kepantasanku selalu,aku melompat terkinja-kinja apabila ada beluncas dibahuku.Kedengaran ketawa seorang lelaki melihat telatahku.Rupa-rupanya si mangkuk pula yang kenakan aku ni eee..geli.Segera aku mencubitnya sekuat hatiku kerana dia telah mempermainkan aku sekali gus aku menanyakannya bila masa dia masuk ke kamarku.Dia hanya tersengih-sengih sahaja tanpa menjawab.Panasnya hati!!!
“Syam,umi takde ajar ke adat bersopan??kan sebelum masuk bilik orang kena…”belum sempat aku menghabiskan ayatku dia menyampuk..
“Kena ketuk pintu ye tak?ahaha”segera aku menampar lembut lengannya itu dan mungkin tindakanku ini telah biasa aku gunakan kerana kami telah berteman sejak dari bangku sekolah lagi.Kelihatannya dia hanya mengosok-gosok bekas tamparan aku itu.Padan muka!!ejekku.
Dia masih mengosok-gosok lengannya itu.’Sakit sangatke?’hatiku terdetik dan tanpaku sedari aku mengusap lengannya lembut seakan-akan mengurangkan kesakitan pada lengan Hisyam dan dengan perbuatan spontanku itu,tanpaku sedar Hisyam mendekatkan wajahnya ke arah wajahku.
“Hisyam!!!eeh..nak ambil kesempatan pula dia”marahku tapi dia hanya ketawa memandang wajahku yang sememangnya merah sedari tadi.Pantas sahaja tangannya itu mencubit pipiku.Aduh!!
Aku kembali duduk meneruskan kerjaku yang tertangguh tanpa menghiraukan Hisyam yang asyik mempermainkan diriku.Akhirnya dia turut duduk sama disamping aku demi menolong kerjaku yang semakin membinggungkan fikiranku ini.
Hampir sejam lebih kami berdua-duaan menyiapkan kerjaku walhal Hisyam merupakan majikanku.Kedengaran pintu diketuk dan ibu masuk membawa minuman sejuk untuk kami berdua dan kembali dia membiarkan kami sendirian.
“Mira..macamana erk kita nak luahkan perasaan cinta kita kepada seseorang yang kita sayang sangat?”ucap Hisyam tiba-tiba.
“Aik..takkan buaya darat macam Syam ni nak mintak pendapat Mira yang langsung tak ada pengalaman dalam bercinta”balasku dengan selambanya.Dia kembali meneruskan menaip sedangkan aku minum dan mengurut tengkukku yang terasa lenguh sekali.Namun atas keikhlasan Hisyam menolongku menyebabkan aku malu untuk bermalas-malasan dan segera aku menghulurkan minuman sejuk untuk dia basahi tengkuknya yang pastinya kering setelah banyak kali berdebat kata denganku tadi.
Sementara dia minum,aku pula mengambil alih kembali kerjaku dan meneruskannya dengan khusyuk sekali tanpa menoleh kiri dan kanan.Terasa tangan gagah memeluki pinggangku dan tindakan itulah yang amat mengejutkan aku.
“Syam,tangan tu boleh jangan gatal sangat ke??”marahku.
“Alah,Syam sejuk ni ha…Syam janji takkan buat perkara lebih-lebih oke”janjinya dan aku terpaksa merelakannya kerana dia sudah berjanji tidak akan membuat perkara yang melebihi daripada itu.
Aku meneruskan kerjaku,kedengaran ‘azan alarm’ telefonku menandakan masuknya waktu Isyak.Segera aku melepaskan tangan Hisyam yang masih memeluki pinggangku dan menolak sedikit demi sedikit kepalanya yang terlentok nyenyak dibahuku.
“Syam,dah masuk waktu Isyak dah ni..ayuh sembayang jemaah ye”
“Dah masuk waktu dah??”
“Sudah..cepatlah berwudhuk dulu..Mira kemudian”ucapku dan dia keluar dari bilikku untuk mengambil wudhuk manakala aku hanya berwudhuk di kamar mandiku sendiri.Hisyam masuk dengan lengkap berpelikat dipinggangnya dan mula berazan.
Kami meneruskan jemaah dan keluar bersama-sama menuju ke dapur kerana ibu telah menyiapkan makan malam.Hisyam meminta diri setelah selesai makan. Memang lucu pula kalau di ingatkan semula gelagat Hisyam tadi, serupa anak kecil yang manja dengan ibunya.Aduhai bunda…
Pantas aku melihat jam tanganku yang menunjukkan pukulan hebatnya.’Sudah jam 10.00 malam”kata hatiku.Aku pun segera menyiapkan tempat peraduanku lantas sahaja aku membaringkan diri setelah penat menyiapkan kertas kerja.Terlena aku dibuai mimpi yang indah.
Terasa angin sejuk menusuk dikalbu dan sinaran mentari yang menghangatkan betapa indahnya dunia.tapi…
“Alamak!!macamana aku boleh terlambat bangun ni??aduhai”
“Patutpun lambat bangun,jam lonceng dah habis bateri pulak dia..aiyee”marah aku dengan kelambatanku sendiri.Cepat-cepat aku mengemas tempat tidurku dan segera berlalu ke kamar mandi membersihkan diri yang terasa melekit dibadan.
Selesai mandi sahaja aku bergegas turun ke dapur hendak sarapan walaupun aku sempat menjamah sedikit kuih buatan ibu cukup membuatku kenyang dan aku meminta pamit dari ibuku ke tempat kerja.
“Ya Allah!!jam lagi jalan ni..macamana nak cepat ni”bisingku sendiri dan segera menoleh ke arah jam tanganku dan tak lama lagi mesyuarat akan diadakan.Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak dari tadi.Hampir setengah jam aku menunggu dan akhirnya aku membuat keputusan memberitahu Hisyam bahawa aku berada dalam kesesakan jalan raya dan dia hanya tahu marah-marah sahaja mujur katanya dia sempat memasukkan kertas kerja yang kami buat semalam ke dalam pendrivenya.’Thank god!’
Kesesakan itu mulai lenggang setelah sejam lebih aku menunggu di dalam kereta dan aku dengan kepantasanku menuju ke arah lif dan masuk ke bilik mesyuarat.Hisyam hanya menjeling tajam padaku nasib baik kertas kerjaku belum dibentang.
Dengan penuh keyakinan aku membentangkan kertas kerjaku itu mengenai projek pembinaan perumahan kos rendah itu.Memang mengentarkan jiwa tapi disudut meja itu aku nampak seorang lelaki yang sedari tadi khusyuk mendengar dan melihat pembentanganku dan wajah itu mendamaikan jiwaku.Selesai mesyuarat lelaki tadi menghampiri aku dan Hisyam.
“Assalammualaikum,Encik Hisyam dan…”katanya sengaja dipanjangkan mungkin kerana tidak mengetahui namaku.
“Nur Syazmira”balasku.
“Owh ya,manis sekali nama cik Syazmira dan tahniah atas pembentangan tadi yang telah menarik minat saya”katanya yang kedengaran ikhlas di corong telingaku.
“Lupa pulak ..kenalkan saya Badrul Azmansyah”dihulurkan tangan kepadaku dan aku menyambutnya dengan senyum ikhlas tanda perkenalan dan sekaligus berterima kasih atas pujian tadi.Dia pun meminta diri selepas sahaja dia memperkenalkan diri dan berharap agar dapat bekerjasama dalam projek itu nanti.
“Ehm em!!mesra nampak Mira..nampaknya bakal isteri aku ni dah ada peminat”sindirnya.Entah sama ada bergurau ataupun cemburu lagi pula buat apa dia hendak cemburu sedangkan pertalian kekasih tak pernah wujud diantara kami.
“Apalah Syam ini..belum kahwin pun nak sindir-sindir Mira perasaan jelah Syam ni”
“Kang datang awek-awek NGETOP Syam serang Mira,habislah Mira nanti”sambungku dengan ketawa terkekeh-kekeh dan dia hanya bermasam muka dengan respon yang aku berikan.
Segera kami berdua berlalu ke pejabat dan teruskan kerja yang terbengkalai dengan tekunnya.
berdering telefon bimbitku menandakan masuk SMS.
“Assalamualaikumm Syazmira,jom makan sama-sama lunch break nanti..from Badrul”
Aik!dari mana pulak mamat ni tahu nombor telefon aku?
“Waalaikummusalam Bad,ni dari mana dapat nombor handset Mira ni?”balas aku dan jawapannya hanya BIARLAH RAHSIA.
Rehat tengah hari pun tiba dan aku meminta izin untuk keluar makan tanpa memberitahu Hisyam aku makan bersama siapa lagipun dia ada lunch date dengan kekasih jiwa raganya itu.Jadi tak ada masalah untuk aku makan bersama-sama Badrul yang memang jejaka ganteng dan imut sekali.Lucu pula kerana aku memang pantang tengok orang comel mahu sahaja aku mencubit pipi mereka.
Kami memilih restoran Hasnah yang memang terkenal dengan masakan yang sedap dan murah harganya.Kebetulan disuatu sudu beberapa meja dari meja mereka,kelihatannya Hisyam dengan Suraya,iaitu kekasihnya.
Sedap makanan yang Badrul pilih untuk aku,udang masak merah.Banyak cerita yang kami kongsikan tak sangka pula aku mamat ni orangnya yang sporting habis.
Kelihatannya Hisyam bagaikan tak senang duduk memerhatikan keadaan Syazmira dengan Badrul.Mungkin marah siapa tahukan.
Ah!kenyang betul tak salah aku terima pelawaan Badrul tadi dan sekarang aku hendak kembali ke tempat kerjaku.Berkali-kali aku menolak pelawaan Badrul yang hendak menghantarku kembali ke tempat kerjaku tapi apakan dayaku.
“Ehm erm…Mira pergi makan dengan siapa tadi??”kedengaran suara serak-serak basah yang memang aku kenali.Pasti Hisyam hendak marah aku lagi adoi!!
“Lunch dengan Encik Badrul tadi kenapa tanya Syam?”soalku selamba dan tanpaku sangka Hisyam menarikku masuk ke pejabatnya dan segera menahan aku dibalik dinding.Dup!!jantung aku sudah berdegup kencang dan kalau dia berani nak buat apa-apa dekat aku,aku tak teragak-agak nak buka silat aku.
“Mira keluar kenapa tak beritahu yang Mira lunch dengan Badrul tu??Mira tu tak lama lagi jadi milik Syam faham”marahnya kepadaku.Aku yang tidak tahu menahu kenapa dia bersifat begitu terus bertanya kepadanya.
“Kenapa juga Syam nak larang-larang Mira?Mira tak pernah larang Syam pun nak berkasih-kasihan dengan Suraya tu..Syam aje lebih-lebih kat Mira,rimaslah”marahku.
Kelihatannya dia sedang meraup wajahnya dan melepaskan cengkaman dibahuku dan meminta maaf.Begitulah yang perlu aku hadapi setiap kali aku keluar dengan sesiapa tanpa kebenarannya apatah lagi yang bernama lelaki pasti aku ditengking semahunya.Alahai,aku pun tak tahu kenapa dia bersikap demikian.
Hari demi hari,perhubunganku dengan Badrul semakin rapat dan dia menyuarakan cintanya kepadaku namun aku binggung apa yang perlu aku buat sedangkan aku tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujangku bersama teman rapatku sendiri,Hisyam.
“Syam,macamana dengan perkahwinan kita??masih diteruskan ke??”
“Masih diteruskan kenapa?”tanyanya.
“Mira dah jumpa cinta Mira dan Mira harap Syam boleh batalkan jadi Syam boleh Kahwin Su…orang yang Syam cinta bukan Mira”ucapku dengan penjang lebarnya.
Hisyam membantah keputusanku dan bertanyakan kepadaku siapa kekasihku itu.Dia ingin membuat perhitungan dengannya.Aku pun hairan dengan sifat Hisyam yang semakin mengongkong kebebasanku.Namun dengan sikap Hisyam yang semakin memaksa itulah yang membuatkan aku membuka mulut dan memberitahu siapa sebenarnya cintaku dan pastinya wajah Hisyam yang merah dan matanya yang merenung tajam ke arahku itu sudah pasti dia akan memarahiku seprti selalu.
“Lusa kita nikah,Syam tak kira apa juga bantahan yang Mira beri Syam bangkang habis-habis…Petang ni,Syam datang ke rumah ibu nak cepatkan perkahwinan kita berdua ni”marahnya yang tentu sekali memeranjatkan hatiku yang mana perkahwinan kami akan dipercepatkan daripada tarikh dan aku menjadi binggung bagaimana hendakku terangkan kepada Badrul nanti.Pasti hancur hati kekasihku itu namun apakan dayaku kerana persahabatanlah yang meneruskan aku untuk bersama Hisyam.

Bad,Mira rasa sampai sini sajalah perhubungan kita..Hisyam nak teruskan perkahwinan kami lusa nanti..Mira minta maaf,Mira tak dapat menghalang niat Hisyam memperisterikan Mira kerana Mira telah berhutang budi dengannya.

Panjang lebar aku memberitahu Badrul melalui system pesanan ringkas dan jawapannya hanya..Bad pasrah.
Hari yang bersejarah pun tiba,ibuku dan bakal mentuaku sibuk menghias peraduan kami berdua manakala mak andam pula sibuk menyolek mukaku yang boleh dikategorikan wanita ayu..chewah.
Namun dalam diam,hatiku rawan.Apakah keputusanku ini benar atau tidak??kerana aku tahu perkahwinan itu bukanlah suatu permainan catur kehidupan tetapi cerita 1001 malam buat diriku yang kerdil dimata dunia.Apakah aku bisa mengharungi hari-hariku yang akan mendatang bersama kekasih hatiku??Ya Allah,bantulah diriku ini.
Aku sendiri pun tidak tahu kenapa Hisyam tetap meneruskan perkahwinan ini walhal di hati masing-masing cinta itu tak pernah wujud atau kami sahaja tidak mengakuinya.Aku menjadi seram sejuk memikirkan apakah kisah cintaku bersama Hisyam setelah bergelar isteri nanti.
“Mira,besok abang nak Mira bersiap cepat sikit tahu..kita akad awal terus naik sanding”ucap Hisyam dan aku hanya mengiakan apabila Hisyam sudah mula membahasakan dirinya ‘abang’.
****************************************************************
Hari pernikahan aku dengan Hisyam pun bermula.Peluh-peluh wanitaku mulai keluar ketika tuk kadi memulakan akad.
“Aku terima nikahnya Nur Syamira dengan mas kahwin RM3000 tunai”ucap Hisyam.
“Alhamdullilah”balas tuk kadi.
Terasa hangatnya ciuman Hisyam yang meniti didahiku.Kini kami sah bergelar sebagai suami isteri dan kisah bujangku tamat sampai disini sahaja walaupun aku terpaksa pasrah namun sudah ketentuan nasib hidupku menikah dengan seseorang yang amat rapat denganku iaitu sahabat.
Jarum-jarum penat sudah menusuk-nusuk tulangku.Betapa penat sekali aku rasakan dan dengan itulah aku segera masuk ke bilik dan membersihkan diri setelah majlis persandingan selesai.Keluar sahaja aku dari bilik mandi kelihatan mata Hisyam tidak berkelip-kelip memandang aku dan baru aku sedari aku keluar hanya bertuala sahaja.Keadaan inilah yang membuat aku menjadi malu.Pantas sahaja aku masuk ke bilik mandi semula namun tanganku digengam erat oleh Hisyam.
Aku segera menutup mataku,malu aku dengan kecuaianku kerana aku tahu sudah kewajipanku sebagai seorang isteri menunaikannya.Hangat pipiku dek ciuman lembut Hisyam dan dengan tindakannya itulah yang membuatkan aku membuka mataku.
“Abang cintakan Mira”ucapnya penuh romantis.
“Syam..kalau Su dengar mesti dia berkecil hati”balasku.
”Mira,boleh tak kalau Mira bahasakan abang ni sebagai ’abang’?dan Mira perlu tahu,abang dah lama tak berkomunikasi dengan Su lagi sejak kita bertunang.”marahnya.
Aku pula segera meminta diri untuk memakai baju tetapi dia enggan melepaskan aku pergi bahkan dia memberi aku baju tidur paras lutut tanpa lengan.Woi,seksi gila!!!Aku dengan keras hati menentang namun dia mengugutku yang dia akan beritahu ibu bahawa aku degil dan dengan pasrahnya aku menurut manakala dia pula masuk ke bilik mandi.
Sedang aku menyikat rambut,terasa tangan sasa memeluki tubuhku.
”Mira nampak cantik begini dan abang harap Mira tontonkan untuk abang sahaja”bisiknya ditelingaku penuh romantis dan dengan itu juga seraya dia mencempung tubuhku menuju ke katil.
”Syam!lepaskan Mira!!!jangan buat Mira begini”pukulku lembut yang sememang malu dengan perbuatan Hisyam itu.
”Apa dia??abang tak dengarlah”diikuti ketawa kambingnya itu.Cilakak betol!!
”Abang turunkanlah Mira..Mira malu tau”pintaku
Hisyam hanya menurunkan aku setelah dia menyatakan yang dia hendak diurut kerana penat.Apa lagi,aku hanya menurut sahaja daripada menjadi mangsa malam pertama!.
Tanganku terasa mengigil ketika hendak mengurut badan sasa Hisyam yang kini baring terlentang diikuti nafas dengurnya yang kedengaran.Semakin lama,semakin perlahan urutan aku hinggalah...
”Sayang....yang....bangun dah subuh dah ni”kedengaran suara lelaki berbisik di telingaku.
”Bad...”igau Syazmira.
”Syang,abang ni Syam..cepat bangun tu.!!”kuat suara Hisyam mengejutkan aku dari mimpi indahku.
Terpisat-pisat mataku memandang Hisyam dan aku menarik kembali selimut yang terlondeh namun direntap oleh Hisyam.
”Yelah-yelah Mira bangun”ucapku lemah.Disudut pandanganku kelihatan Hisyam tersenyum gembira kerana kemenangan berpihak kepadanya.Aku hanya mencebik bibir dan segera berlalu masuk ke bilik air hendak berwudhuk.
Kedengaran alunan azan yang dialunkan oleh Hisyam.Begitu merdu sekali,menyentuh naluriku sebagai seorang isteri.Kami mengerjakan solat bersama-sama.Selesai sahaja solat,Hisyam menghulurkan tangannya ke arahku dan aku menyalami tangannya.Dup!!jantungku berdebar hebat tika Hisyam mengucup dahi dan pipiku.Ya Allah,inikah suamiku??
Aku melipat kain telekungku dan sejadah manakala Hisyam kembali menyambung tidur.
”Orang tua-tua kata,lepas subuh tak baik sambung tidur nanti otak jadi bengap macam siput!!”tegurku.
Hisyam membulatkan matanya sebelum menerkam aku lalu diangkat ke katil sebelum direbahkan dan aku hanya meronta-ronta minta dilepaskan.
”Ha!!sekarang mana sayang nak lari lagi??siapa suruh tegur abang gitu,ni nak kenalah ni dengan abang....amik”Hisyam mengeletek pinggangku.Salah satu daerah sensitif tubuhku.Ketawa aku menahan geli yang teramat sangat.
Nafasku tersekat-sekat akibat terlampau ketawa.Aku menekan-nekan dadaku cuba mencari oxygen..Ya Allah!!sesaknya...
”Mira??Mira...napa ni sayang??sayang sakitke??”risau Hisyam.
”Abang....to..longgg..ambilkann Mira air”pintaku.
Berlari Hisyam turun ke dapur dan tiba dengan air putih ditangannya lalu disuakan kepadaku.
”Alhamdullilah”ucapku sambil menarik nafas perlahan-lahan.
Kelihatannya Hisyam merenungku dalam sebelum memegang bahuku penuh erat mungkin rasa bersalah mengganggu dirinya.Aku mengatakan bahawa aku sudah tidak apa-apa.
Aku pun segera meminta diri untuk menyiapkan sarapan meninggalkan Hisyam yang terpinga-pinga dengan perubahan sikapku yang drastik.
Syazmira bernyanyi sambil memasak sarapan,tanpa sedar sepasang mata sedang memerhati diri Syazmira yang leka dengan masakannya itu.Harum menusuk ke dalam rongga hidung sesiapa sahaja yang menghidunya.Sungguh menyelerakan!!.
Perlahan-lahan Hisyam menuju ke arah Syazmira dan memeluki tubuhnya.
”AH!!!”terkejut aku sehinggakan lobak yang aku pegang hampir terlepas dari peganganku.
”Abanglah sayang...tak jadi nak tidur balik takut bengap macam siput”ucapnya.Kus semangat..
Aku hanya membiarkan Hisyam memeluki tubuhku.Terasa bahagia berkeadaan begitu,aku sendiri pun tidak pasti dengan perasaanku ketika ini.
”Wanginya sayang....tak sangka pula sayang abang ni pandai masak,abang sangka sayang pandai membebel je rupanya tidak”Ketawa Hisyam dan lantaran itu aku merenggangkan pelukannya dan berlalu untuk mengecilkan api agar bubur cha chaku tidak hangus.
Hisyam mengekori aku dan menanyakan sama ada aku marah atau tidak dan jawapannya.Mira marah sangat!!Satu kucupan hinggap di pipi mulusku ini dan aku hanya mencebikkan bibir tanda aku masih dengan rajukku.
”Abang,tolong Mira hidangkan sarapan ni...Kejap lagi umi dengan abah abang bangun tu”Hisyam hanya menurut.Inilah sikap Hisyam yang aku selesa selama berteman dengannya walaupun dia seorang PLAYBOY.
Kami makan bersama-sama dengan mentuaku dan aku selesa berada bersama mereka.Selesai sahaja makan,aku mengemaskan meja makan dibantu oleh suamiku dari meja sehinggalah mencuci pinggan.
Dia memberitahu diriku bahawa dia amat mencintaiku tanpa sedar namun aku hanya menganggap kata-kata itu satu gurauan semata-mata.Umi dan abah telah berlalu pergi ke tempat kerja dan hanya kami berdua sahaja di rumah itu.
”Sayang,nanti kita pergi honeymoon erk..nak ke?”soal Hisyam diikuti dengan anggukanku yang sememangnya malu dengan pengakuanku yang inginkan bulan madu.
“Sayang nak pergi mana?Paris?Tokyo?atau somewhere..abang janji abang belanja yang penting sayang nak ikut”ucapnya sambil mencuit pipiku.
Aku hanya ikut sahaja ke mana dia pergi kerana bukan duit aku juga yang digunakan.Jawapannya,kami akan pergi ke Disneyland,Tokyo.Wowww!!!Disneyland tu..
Selesai mencuci,aku mengemas rumah pula dan Hisyam tahu merungut sahaja mungkin kerana aku tidak melayani dirinya.Hisyam pula segera naik ke bilik dan menyiapkan diri katanya.
“Sayang,abang keluar sat nak jumpa Su”ucapnya dan aku hanya menganggukkan kepalaku kerana aku tahu disebalik ucapan cinta tentu cinta pertama tidak mudah dilupakan namun tanpa aku sendiri sedari jiwaku merintih sedih dengan ucapan tadi.
“Abang pergi dulu nanti kalau sayang nak apa-apa,sayang just call abang je erk”seraya itu pipiku dikucup mesra.Aku segera memegang pipiku terasa dengan kucupan yang ditinggalkan untukku.Berlalu pergi dia dengan menaiki Mercedes Benz’nya itu.
Aku kembali menyiapkan kerja yang tertinggal kerana kebetulan hari ini aku cuti.Azan berkumandang telah masuknya waktu solat Zohor dan aku bergegas membersihkan diri dan menunaikan solatku itu.
Tusukan jarum kelaparan kian terasa diperutku dan aku sedari bahawa aku belum lagi mengisi perut.Berlalu aku ke dapur dan mulai memasak apa yang ada dalam peti sejuk.Habis berbunyi segala lagu periuk dan pisau tanda aku sedang memasak dan harumnya..ehhmmmmm…
Jam telah menunjukkan pukul 2 petang dan suamiku masih belum pulang walhal kami cuti rehat hari ini.’Mungkin tengah dating kot’bicara hati kecilku.
Tanpa melengahkan masa aku makan sendirian di dapur.Kini tiada lagi lagu kelaparan kerana aku terlalu kenyang.ALHAMDULILLAH.
“Abang kat mana ni?”telefonku.
“Abang on the way hantar Su ke tempat kerja ni,sayang da makan ke ni?”soalnya.
Aku mengiakan sahaja.Entah kenapa hati aku dipalu duka.Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ini mungkin rasa cemburu yang kian memakan diriku.Segera aku mengambil novel yang baru sahaja aku beli pada 3 hari yang lepas.’Cinta dua jiwa’karya Rania Firdaus iaitu penulis baru alaf21.
Memang cerita yang menyayat hati apatah lagi kisah Humayra yang keguguran anak buat kedua kalinya,ini semua gara-gara cemburu dan fitnah semata-mata.Novel itu ku tutup selesai sahaja habis ku baca.Tanpa Syazmira sedar sepasang mata sedang memerhati dirinya yang khuysuk membaca sebentar tadi.
Dengan perlahan-lahan Hisyam masuk ke kamar peraduan mereka dan segera memeluki tubuh Syazmira.”AH!!!”
Aku segera mengurut-urut dadaku bagi menghilangkan rasa terkejutku.Kus semangat.
”Sayang marah abang lambat pulang ke?”soalnya dan aku hanya menindakkan tanda protes disebalik rasa cemburuku itu kerana tidak mungkin aku mengakuinya jikalau hati masih tidak pasti apa yang aku sendiri rasakan.
“Tadi umi tanya abang kat mana,Mira kata abang ada urusan”kataku.
” Abang dating erk dengan Su?”sambungku dan dia memeluki tubuhku sedangkan aku meronta-ronta minta dilepaskan.Geram dengan kesempatan yang sering diambil oleh Hisyam.
Hisyam pun segera berlalu ke bilik mandi membersihkan diri.Kedengaran umi memanggil namaku dan dengan itulah aku segera turun ke bawa.Umi kelihatannya kehairanan dan bertanyakan siapa yang tidak mengunci pintu luar maka lantaran itulah aku memberitahu bahawa Hisyam sudah pulang dan sedang membersihkan diri.Kelihatan umi mengangguk-anggukkan kepalanya dan kami bersama-sama menyiapkan makan malam kerana tukang masak umi telah diberikan cuti.
Malam itu kami semua berkumpul dan berbual ketika makan.Pernah orang kata bahawa berbual semasa makan tidak baik namun bagiku dan mungkin juga keluarga suamiku menganggap bahawa masa makan bersama-sama inilah yang mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
“Umi nak tanya ni bila kamu berdua nak pergi honeymoon?dah ada rancangan dah nak p mana?”Umi bertanya kepada aku dan juga suamiku.Hisyam memberitahu bahawa kami akan pergi bulan madu setelah kerja dipejabat itu diselesaikan bagi memudahkan proses berbulan madu kerana tiada kerja yang membebankan kepala.’Aduhai,mesti lama lagi ni nak pergi honeymoon’gumam hatiku.
Entah aku tidak tahu mengapa mood’ku ketika ini seperti sedang berduka.’Badrul,aku merindui dirimu’desis hati kecilku. Aku meneruskan makanku tanpa mempedulikan sesiapa dan segera membantu mentuaku kemas meja makan.
Setelah semuanya selesai, aku segera naik ke bilik meninggalkan Hisyam yang sedang menonton televisyen.Aku menyelesaikan kerjaku yang tertangguh walaupun aku masih lagi cuti rehat.Tiba- tiba telefon bimbitku berdering dan kelihatan nama Badrul terpancar di skrin telefonku.
”Assalamualaikum Bad,ada apa hal call Mira ni?”tanyaku.
“Waalaikumusalam,Bad rindu sangat nak dengar suara Mira tu je..Mira bahagia tak?”soalnya dan aku menjawab bahawa aku bahagia walhal diriku sedang mrinduinya.
Kadangkala aku juga bingung,isteri apakah aku ini kerana merindui kekasih lama sedangkan sudah ada yang memiliki.Kami berbual untuk beberapa minit sebelum meletakkan panggilan kerana mataku sudah mengantuk.
Kedengaran Hisyam masuk ke bilik kami setelah selesai aku berbual dengan Bad dan kelihatannya wajah Hisyam sungguh bengis namun aku hanya berbuat seolah- olah tidak memahami wajah cemburunya itu.
“Bang, Mira tidur dulu ya”ucapku lantas menciumi pipinya lalu merebahkan diri di atas katil.Dia pun turut sama membaringkan diri dan segera memelukku tanpa bersuara. Kami terlelap sehingga subuh mendatang.
Suara azan berkumandang dan kami segera menunaikan kewajipan kami sebagai seorang muslim.
Selesai saja menunaikan solat,aku segera ke meja kerjaku menyiapkan beberapa kerja pejabat yang telah terabaikan.Khusyuk sekali Syamira menaip sehingga tidak sedar mata Hisyam sedari tadi memerhatikan isterinya yang kadangkala bersin dikerusi empuknya itu.
Dengan perlahan,Hisyam mendekati Syamira lalu memberinya ubat selesema.
”Sayang,nah minum ubat dulu”ucapnya perlahan sambil tangannya meraup rambut isterinya yang menutupi mata ke belakang.
Sekali lagi Syamira bersin namun masih lagi tidak mahu makan ubat yang diberikan kerana bagi dirinya dia tidak sakit.Kerisauan semakin menampak dijiwa Hisyam pabila isterinya asyik bersin.
Hisyam berlalu turun ke bawah,mungkin ada yang hendak diambilkannya.
” Sayang?meh makan ubat ni”seraya itu Hisyam menyuapkan ubat ke mulut Syamira.Terpaksalah aku telan ubat nih..uwekkk!!!!.
Syamira terus menyiapkan kerjanya dan Hisyam hanya sesekali membantu mana yang perlu diperbaiki sambil memelukiku.Aku amat bahagia dengan keadaan seperti ini.’Apakah cintaku untuk suamiku ini telah wujud??”terlalu sukar untukku mengerti dan fahami perasaanku ini.
Penglihatan mataku semakin kabur dan aku sedar makan untuk tengahari belum disiapkan lagi kerana kebetulan orang gaji Hisyam diberi cuti selama beberapa hari.Segera aku meninggalkan kerjaku yang dibantu oleh Hisyam untuk menyiapkan makan tengahari kami.
Entah kenapa jiwa aku sering sahaja keresahan dan seakan-akan ada sesuatu yang akan berlaku pada diriku.Aku jadi binggung dan pasrah.”ah!persetankan perasaan ini”
Sedang asyik aku menyiapkan makan tengahari,kedengaran Hisyam menegurku dari belakang.
”Sayang masak apa hari ni??bau wangi je ni”ucapnya yang duduk di satu kerusi.
”masak makanan favourite abanglah ehehe”ketawaku manja dan pantas hidungku ditarik lembut.Adoi!!
Hisyam duduk di kerusi makan sambil memerhatikan gelagat Syamira.Dalam diam dia menyayangi Syamira,tak sanggup dia rasakan bila Badrul cuba mendekati syamira kembali.Namun dia juga tak mampu lupakan Suraya,gadis yang amat menarik hatinya.Jauh sungguh lamunannya.
”Abang,meh makan”jemput Syamira akan Hisyam.
Mereka menikmati makan tengah hari dengan asyiknya dan tenang tanpa ada rasa janggal.
Selesai sahaja makan tengah hari,Hisyam duduk di ruang tamu, Syamira duduk mendampingi suaminya yang khusyuk membaca akhbar TheSun pada ketika itu.
Tiba-tiba Hisyam bersuara..
”Mendew Bad call Mira?” soal Hisyam dengan nada dinginnya.syamira menerangkan apa tahunya dan Hisyam hanya mengiakan sedangkan jiwanya sudah diulit cemburu.Siapa sanggup terima isteri berbual lama ditelefon.
Begitulah kehidupan mereka hari-hari tanpa ada rasa romantik mewarnai rumahtangga mereka.Walhal masing-masing merasa cinta namun hanya Syamira yang tidak mengungkapkannya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

”Bila korang nak menimang anak nih?”
”Ibu dah tak sabar nak ada cucu nih”sambung mentuaku pada suatu petang ketika mereka minum petang bersama-sama Hisyam dan Syamira.
Pada ketika itu,Hisyam hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk kerana memerli aku disebabkan aku masih belum sedia untuk menimang anak apatah lagi mamberikan mentuaku cucu.
”Mira,ibu teringin tu nak..”
”Abang nih buat Mira malu aja tau”pantas memotong ayat Hisyam yang belum terluahkan dan perlahan-lahan Hisyam mengusap wajah Mira.
Betapa aku menyayangi dirimu Mira,kaulah matahariku yang telah menyinari kegelapan hariku walaupun ada gadis lain yang masih aku cinta.Monolog hati Hisyam.
Pada malam itu,Syamira menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri walaupun dia masih lagi ragu-ragu akan cinta suaminya.Alam kini telah menjadi saksi akan keintiman mereka dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa itu pada sang pencinta.

3 BULAN KEMUDIAN

Hisyam mula menunjukkan kasih sayang yang amat mendalam kepada Syamira.
Cinta Syamira juga semakin menampak sebagaimana layanan Hisyam lebih tertumpu padanya.Tiada lagi nama Suraya meniti dibibir Hisyam dan yang hanya ada kini impiannya ingin menjadi ayah.
Perubahan semakin ketara.Syamira mulai muntah-muntah dan mengidam benda-benda masam.Semakin sakan Hisyam melayan karenah Syamira.Apa saja dimintanya,pasti akan ditunaikan hinggalah suatu hari ketika Syamira sakit Hisyam sanggup mengambil cuti biarpun pada waktu itu ada mesyuarat dengan syarikat terkemuka yang mana banyak bekerjasama dengan Hisyam.
Pada malam itu,Hisyam baring memeluk Syamira seperti biasanya namun malam itu terasa kelainan sikap Hisyam.Dia seperti tidak melepaskan Syamira.Terasa hangat dan eratnya pelukan Hisyam akan Syamira.
”Mira,jaga anak kita baik-baik ya mana tahu abang pergi dulu sebelum lahirnya baby nih”ucap Hisyam sambil mengusap perut Syamira dan ketika itu pandangan Syamira tajam memandangnya.
”Boleh tak abang jangan cakap benda-benda yang tak elok nih?Mira sayangkan abang,cintakan abang sepenuh hati Mira bang..”
Peluk erat Hisyam akan isterinya sehingga terlelap.
Paginya Hisyam mengucup dan memeluk isterinya lagi sebelum meminta diri untuk ke Singapore.Syamira amat sedih sekali kerana tidak dapat menghantar Hisyam ke lapangan terbang dan dia hanya mampu mengucap selamat tinggal diiringi doa agar suaminya selamat tiba.
Terasa sengal di ari-arinya tanpa sedar darah merah mengalir perlahan dan Syamira jatuh pengsan.Kebetulan ibu mentuanya tiba dan alangkah terkejutnya melihat menantunya keguguran.Segera dia menelefon ambulans.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berita kematian Hisyam menambahkan lagi bebanan Syamira yang baru sahaja kehilangan zuriat tunggalnya.Entah berapa banyak lagi dugaan yang dia akan hadapi.Sudah terlalu sedih dia akan penerimaan berita kematian Hisyam yang pergi meninggalkannya pada hari dia keguguran.Betapa hancurnya dia disaat dia sudah mengecapi bahagia tiba-tiba gelora dugaan hidup melanda.


Inikah namanya cinta?
Disaat aku ingin kecap bahagia bersama dia
Disaat aku ingin sehidup semati bersama dia
Mengapa alam begitu kejam
Terlalu kejam hingga membunuh bahagiaku
Aku terlalu lemah tuk ungkapkan sedih
Terlalu lemah tuk mengiakan duka
Namun ku berharap
Dugaan ini ada hikmahnya

Tuesday, March 29, 2011

Sudah cukup untukku


aku kan selalu ada untukmu..
ku kan selalu hadir disaat kau perlukan ku..
malah, ku titiskan air mata tatkala kau berduka..
entah sampai bila semua ini berakhir,
kerna aku tak pernah sesali cintaku untukmu,
kerna bagiku telah memiliki dirimu sudah cukup untukku..
kerna ku selalu sepi tanpa kau disisi..dimana tempatku berpijak.
dan hanya kau bisa buatku merasa puas.
puas disaat kau juga memilikku.
mungkin hati ini masih maunya kamu
dan maunya saat itu sentiasa ada..
menyulam bahagia..menyimpul sayang.
kerna memiliki mu sudah cukup untukku..
kini dimana ku berpijak
selalulah hadir kau untukku..
selamanya...
sentiasa ada di hatiku..hatimu...

Monday, March 28, 2011

keluhan hatiku :(

hari ini...semua berlalu seperti biasa tanpa ada yang istimewa berlaku..
hari ini ex-skandal kontek aku..
minta pandangan camna nama anak laky yang bermaksud dalam islam.
aku byk bgi nama tapi dalam byk2 nama tu..
aku suka sangat kat muhammad ikhwan danial n muhammad farish asyraf...
xtaw knapa??
aku kini seperti bukan diriku yang dulu..
aku kasar, aku xmdh mprcyai..aku kejam,dgil..
aku tak tahu kenapa..
serasa ingin aku berteriak memanggil alam temani aku
aku seumpama bulu ayam!
yang terbang mengikut rentak angin
rentak bayu..
sekali lagi aku sendirian kini
serasa malas hendak menghubungi mereka..
fuh...kenapa ek semua ni jadi kat aku|?
kat idup aku?
berat gilak mek ase..
siboh madah apa2...mek da tbiasa cmya..
bila lah aku nak bhgia? eh..bukan
aku dah bahgia cuma..
en..tahla amacam
moga2 tuhan beri petunjuk..
aku dah rasa penat da memkirkan benda ni..
aduinaa..
biarkanlah semuanya jelas,
aku pilih siapa sebenarnya..
antara dia,kau dan kenangan..
cuma takdir yang bisa menentukan..


p/s : aku hari ni sakit..ase xsedap badan..mcm mls nak g kliah..adui,,tolongla aku...huhuhu

Sunday, March 27, 2011

karena cinta

LUP – Karena Cinta

percuma kau mencoba tuk meyakinkanku
memilih tuk bersamamu lagi
perasaan ini tlah begitu perih karna sikapmu

* aku tak pernah mengharapkanmu kembali
karena dulu kau yang pergi meninggalkanku
ketika aku bisa mati karena cintaku

reff:
kini cinta ini telah mati
mati rasa mungkin aku padamu
pada cinta yang pernah menyatukan kita
kini tiada artinya

repeat *
repeat reff [2x]

ooh aku hanya ingin sendiri
aku tak ingin cinta melukai hatiku
luka yang hanya bisa ku sembuhkan dalam kesendirianku ooh
jiwaku terhempas dan aku menyerah pada waktu ooh

Thursday, March 24, 2011

akhir sebuah derita bonda

sudah lama aku duduk diatas bangku depan rumahmu,
melihat dirimu terseksa menahan derita diseksa teruk,
betapa hancur hatiku melihat kau didera perasaan,
menahan rasa, demi darah daging tercinta..
kau terbiar, kau dihina, kau dicaci,
aku pula terasa sedih, merana dan menderita..
padahaal aku bukannya siapa-siapa bagimu..
aku pula semakin tangis melihatmu lebam
duhai bonda, tegarnya kau hadapi binatang ini
cekalnya kau hidupkan mereka,
kenapa bukan aku saja jadi anakmu
kenapa harus kau yang diuji berat punya anak seperti itu?
sehingga suatu saat...aku menangis,merayu kepada mereka
biarlah aku yang menjagamu
aku tahu, aku cuma jiran kepadamu tapi bonda
ketahuilah,
aku teramat menginginkan rasa kasihmu itu
rasa disayangi dan dikasihi
kini, lupakanlah mereka
biarkan mereka dengan hidup mereka
bonda,
tersenyumku lihatmu tertawa
gembira dan bahagia sehingga suatu saat kau teramat
ingin bertemu dengan anakmu
bukan biatku menghampakan hatimu
tapi bonda... mereka seolah tidak mengenalimu
jadi biarkanlah aku jadi penganti mereka
tanpa sedar..
hari kian mendatang, kau kian menguzur
perit hatiku melihat kau berduka
merindui sang anak derhaka
yang gembira dengan dunia mereka
bonda..
kini sekali lagi aku berduka, menangis pilu
akhirnya,
kau pergi tinggalkan aku
tinggalkan semua memori singkat kita
aku menangis
aku sendirian..selamat bahagia kau disana bonda
moga tiada lagi penyeksaan buatmu
sesungguhnya aku telah menyaksikan kau terpaku
derita sendiri
kini bonda
aku hanya mampu ungkapkan kata maaf
kerna tidak dapat memenuhhi permintaanmu.....

Wednesday, March 23, 2011

sumpah tak buat lagi!!

hari ini kau datang memberiku kebahagian...
seperti hari sebelumnya,
kau kucup aku berikan kehangatan kasih sayang
hari-hariku bagaikan tiada batasnya
sehingga ku sedar bahawa waktu itu akan tiba
kita pergi meninggal semua kenangan itu
berkelahi atas semua yang terjadi
namun
aku tak bisa undurkan masa itu kembali kerna kau
telah pergi menjauh tinggalkan aku
sendiri tanpamu
tanpa cinta dan kasih sayangmu..
ku kesepian meniti hari
kini ku hanya berserah..
lupakan semuanya..
pergi sejauh mungkin..
dan hanya meninggalkan kenangan kita
hanya sebatas memori..
tanpa ku sedar cinta itu membunuhku
menghiris sepi luka semalam
tak terhinggakan rasa perih itu
tanpamu
aku sendiri


p/s : saja nak jiwang tengah2 hari ni hohoh anyway..have a good lunch then... ^^

kau? yang teristimewa

hari ini aku sendiri meluah rasa hati..
tanpa kamu menemani..
terasa akan kosongnya jiwa ini..
kenapa harus aku yang kau tinggalkan?
kenapa harus aku yang rasakan..
semua cinta itu kepadaku?
aku terseksa menanggung rindu
rasa kecewa menahan sepi...
sudahi saja semuanya
aku sudah terseksa..sendiri tanpamu disisi..
selalunya rasa itulah menjeratku
tanpa kau tahu..ku ingin kau tatap mataku
ucapkan kau cinta padaku..
katakan bahawa kau adalah muilikku..
selamanya..
ingin bersamamu..
kerna kau aadalah yang terindah
yang teristimewa...
semuanya dimataku..
kaula heroku,,''



p/s: line tnet malam ni kondem sgt..ase geram pon ada uhuh sabar je la...da nsib apa leh wat

Monday, March 21, 2011

tatkala dia lupa akan dunia

betapa hancur hati aku setelah mengetahui dia sanggup membelakangkan kawannya..
sanggup pergi bersama kekasih hati yang entah baik atau tidak budi pekertinya...
bersama sendiri selama beberapa hari..
meninggalkan segala larangan kami terhadapnya..
apalah sangat dengan kekasihnya itu..
apa yang pasti..
suatu saat nanti dia akan ditinggalkan si kekasih setelah habis madu..
bak kata orang tua..habis sepah madu dibuang.
percayala..
suatu saat nanti dia akan fahami dan menyesal kerana tidak mempedulikan kata-kata sahabatnya..
tidak kah kau sedar bahawa cinta itu bukanlah abadi dikala umur semuda ini..
usah kau fikirkan kahwin..
pelajaranlah yang membawa hidupmu lebih bererti..
setakat lelaki bajingan seperti itu..
lupakan sahaja..
aku telah lama mengenal manusia seperti itu,
hanya mahunya seronok..
belajarlah terima kata sahabatmu ini..
kini barulah kau tahu betapa kecewanya kami kepadamu..
rasalah kamu akan hinanya dipulaukan
tanpa teman bicara kegembiraan..
tanpa teman menadah telinga mendengar masalahmu..
kini,,
uruslah kau sendiri akan hidupmu kerana kau mampu berdikari disaat bersama dia..
kau da besar..
maka hiduplah kamu dikaki sendiri..
kami terlalu lelah untuk bicara padamu..
sungguh penat hingga terasa bebannya bicara itu.
sedarlah kau...suatu saat
kau akan menyesal kerana tidak mempedulikan kata kami.
sesungguhnya,
cintamu itu cinta buta,,,
salah dirimu menilai yang mana permata dan mana kaca..'
sedarlah sahabatku..


p/s : siapa makan cili dia rasa pedas...
this is true story about someone!

Saturday, March 19, 2011

setitik rasa sayang

aku sayang padamu..
kau jadikan aku sepasang sayap yang sempurna
disini aku sendiri menganyam kasih
memberikan suatu rasa yang bahagia
sehingga ku merasa stitik rasa sayang itu kepada mu..
lalu, membuatku terbuai dalam angan mu...




P/S:hohohoh perut da knyang baru lpas mam...nyum2 (^^)

Tuesday, March 15, 2011

tension arr

aku tension ar...huhuh
amcm niyh...time management pon xbgus
huhuh...amacm ar ni
cekewa den taw...amcm ni uhuhuh ssiap yang leh ajar sal DOI ni kat dlm subject IMD 101?...sabar jew la anak abah...

Monday, March 14, 2011

BEL 102 speaking test

hary ni (selasa=15/3/11) ada speaking test..
amacam la niyh nak speak2 niyh? adui...dah la english kongkang..
nda tau amacm maw wat ag nty..
skg ni kmi berempat jew...een,eyna,puspa,ap...
grup kami yg 1st adui matailarh huhuhuh
wish me luck ooke hunne :)

Sunday, March 13, 2011

present IMD 103

punyer nervous nak present uihuh amcm ar nak present khamis ni..
nak dupdapdupdap jew jiwa....
argh.....tensionnya...
test imd101 ag huhuhu amcm niyh ek???
respone ke x ni?
\arghhh tension!!!!!!

Friday, March 11, 2011

Im not goin to kiss eu goodbye

there is a road to the damp places.
which full of flies and its seems full with blood..
i was searching u over the place to take home with me..
i dont want to felt lonely anymore as u kept ruined my mind
with our sweet memories..
how cruel i am for letting u go to this place..
that have made your heart seal and cant be broke..
so please..
for this only time..
grab my hand and let me hug you to feel the heat between us..
whether there is a flaming of love still or not..
if nothing...i should let u go..
but im not goin to kiss u goodbye because
u are the only one that i need to be feel by my side everyday...
i dont want else...but u!

by: pinkpurplebaby.blogspot.com

aKU penat...

terlalu banyak hal yang ku lalui sehingga membuat aku lemah dan tak berdaya..
terlalu lelah ku tuk bernafas mencari kehidupan yang semakin sulit bagiku tuk ku fahami..
satu demi satu masalah menimpa..
memberat di pundakku..
sungguhku hampa..
tak ada orang yang beri perhatian terhadapku..
tak ada orang yang fahami aku...
kerana aku cuma sendiri..
tanpa siapa2 di dunia ini,,,menunggang nasib seorang diri
di padang pasir yang penuh dugaan dan hangat dengan cabaran...
sesungguhnya aku lelah..aku penat,,,
bantu aku (U_U)*

Thursday, March 10, 2011

kisahku tersingkap kembali

betapa hatiku masih merasa cinta kepadanya..
masih berasa sayang terhadapnya
walau telah lama ku tinggalkan kenangan cinta
ingin memulai kenangan baru
tapi  sepertinya ku masih menginginkannya..
sentiasa disisiku..
mengikat kembali kenangan lama...
namun tak sanggup ku buang kasih yang baru kerna
sesungguhnya dia sanggup menahan segala
kelakuan ku..
ya tuhan..ampuni aku...


[msej my ex]
= maybe mw? sebab ego ko..ko xjwb sepenuhnya. bg sa.. berserah..dtglah ma sa suatu ari  bila ko rasa ko da singkirkan prsaan sayg yang berbagi2, kita mulakan dari awal, sa akn trmi kmbali, tapi kalo aty sa da dimiliki, sa minta maaf  krna sa akan bljar setia sprtimana sa setia ma ko dulu.

=sa berserah p, kali ni sa mw ko yg dtg dgn sa. bwa hati  yg suci. yg cintai sa satu2nya. sa da bosan berscandal2. berbagi syg. ko tgkla sendiri mcm ma laki ko wat. drg sngup kongsi syg semata2 maw ko gmbira

=klu g2.. jgn bgi harapan..ko syg btul dgn c eirin.tp ko psg lain lg..mgkin dya trsa tp xmw kuarkan cz dia jaga aty ko..


* sometimes mie, i thought that i  cant forget u as the sweet memories that we have shared during those past years...
but..
now, i know that i really miss'in you..
im still need u by side me.

IMD 102 test 2011!

ya Allah,
punyalah susah imd 102 test..
sakitnya jiwa..
knpa tyme xleh bljar pulak kuar soklan yang ditarget...
sdynya jiwa huhu
kompomlah  sir Sharin marh kat aku ni...
adeh...
sdahla MGT 162 pon kondem
ase nak nangis jew,,
bru je sem 1
nty sem6 amcm la tu huhuh
next week ada byk presentation huhuh
mang fixed jdual kami ni..
sabtu n ahad ada actvties...matai lah...
im sorry sir Sharin...

Tuesday, March 8, 2011

Maktab!maktab!maktab!! what its needed to enter the MAKTAB PERGURUAN??

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JUN 2010
      
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

1.      KETERANGAN PROGRAM
            
Nama Program     :     Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah         :     Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh             :     Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Md Kursus          :     Sepenuh Masa
            
2.      SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

      2.1     Warganegara Malaysia.
      2.2     Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
      2.3     Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
      2.4     Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
      2.5     Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran  dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
            2.5.1 Bahasa Melayu
            2.5.2 Sejarah
            2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
            2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
      2.6     Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)
            
3.     MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

      3.1     Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
      3.2     Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
      3.3     Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

      3.4     BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

           3.4.1     Sekolah Kebangsaan (SK)
          
1.     Pendidikan Prasekolah                       9.     Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2.     Bahasa Melayu Pendidikan Rendah     10.     Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3.     Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah     11.     Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4.     Bahasa Arab Pendidikan Rendah        12.     Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5.     Matematik Pendidikan Rendah           13.     Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6.     Sains Pendidikan Rendah                  14.     Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7.     Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah                     15.     Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8.     Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah         
            
      3.4.2     Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
          
1.     Pendidikan Prasekolah                        9.     Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2.     Bahasa Melayu Pendidikan Rendah     10.     Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3.     Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah     11.     Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4.     Bahasa Cina Pendidikan Rendah         12.     Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5.     Matematik Pendidikan Rendah           13.     Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6.     Sains Pendidikan Rendah                   14.     Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7.     Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah                     15.     Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8.     Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah         
            
      3.4.3     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
          
1.     Pendidikan Prasekolah                       9.     Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2.     Bahasa Melayu Pendidikan Rendah     10.     Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3.     Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah     11.     Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4.     Bahasa Tamil Pendidikan Rendah       12.     Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5.     Matematik Pendidikan Rendah          13.     Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6.     Sains Pendidikan Rendah                  14.     Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7.     Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah                    15.     Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8.     Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah         
      
4.     CARA MEMOHON
      4.1     Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/index.cfm mulai 08 Februari 2010.
      4.2     Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
      4.3     Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
      4.4     Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
      4.5     Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
      4.6     Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
            
5.     TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010
            
6.     Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
            
      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228
            
      URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
            
      URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045
            
7.     MAKLUMAN DAN PERHATIAN

      7.1     Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
      7.2     Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.
      7.3     Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
      7.4     Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
      7.5     Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
      7.6     Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
            
8.     PENDAFTARAN
    
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) paa 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
            
9.     IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
    
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/pengenalan.htm       
Last Updated ( Thursday, 11 March 2010 19:20 )

 credited by: google.com

Berikan aku hidup!

berikan aku hidup...
tiupkan aku nafasmu..
setiap detikku terkenang kenangan lama,,,
yang kian ditelan nestapa..
yang telah sering terungkap diminda,,.
sudah..sudahilah saja sengketa rasa,,'
jangan kau sesali rasa itu
kerna ku juga rasa apa yang kau rasa..
menutup kembali dairi lama..
membiarkan sahaja kenangan kita..
selamanya..hanya kau yang mampu berikan ku rasa itu...
tuhan...berikan aku hidup lagi...

Kisah tentang aku Dan Puspa

Hari ni kami ckit jew tyme stdy...
stdy MGT 162...OmG!!pnya mngantuk sya..
kpla pon xtaw mok fkir apa...
blur gik sal exam naa...amacm la nty final exam..
punya gilak..
Matai larh...
hurmm....
ary ni ada Quiz HBU 114(Bulan bersabit)
huhuh apalah yang akan kuar t...
Kestaria...??
NOt Me...hohoh kiri kanan kiri kanan....naaa cian dee lo...
peduli hapa aku!!3 sem..3 sem la yg pntg bez hehehe....
relaks....
hurmmm
final exam??
bila ek...
matilarh blum stdy...
ASSIGNMENT banyak giLak *pig....
c Puspa lak...
steady meady....hee PEACE (*_*)V.