Tuesday, May 1, 2012

Kenapa Wujud BERSIH ? ?

Sudah banyak kali kita tengok dikaca TV pasal aktiviti-aktiviti BERSIH ni. Demo sanalah, Demo sinilah. Sampai suatu saat admin rasa ada faedahkah BERSIH ni?

Nak komen lebih tak berani sebab tak tahu kenapa wujud BERSIH ni dalam negara Malaysia yang rata-rata hiduo dalam pelbagai kaum dan bangsa serta agama. Well, admin bukanlah seorang manusia yang suka "politik" al-maklumlah umur admin belum layak lagi mengundi hoho.

Banyak persoalan yang menggangu fikiran admin ni.
1. siapa pengasas BERSIH sebenarnya?
2. apa tujuan BERSIH diadakan?
3. apa Motif yang ingin BERSIH katakan??



yang admin tahu, BERSIH ni semua berkaitan dengan kerajaan. (betulke?) cuma yalah, tak rasa ke yang kita seakan-akan buang masa buat demo ni? hurm, bukan nak larang korang nak join demo tu tapi kena fikir jugalah, dapat kah demo tu selesaikan masalah yang korang nak buat perubahan?

Macam yang kita tengok, Demo tukan rusuhan? mustahil ada perbincangan EMPAT MATA antara wakil rakyat dengan kerajaan. Ini seolah-olah suatu pembaziran masa, tenaga dan hubungan. Banyak kaum yang terlibat turut cedera dan akan memburukkan lagi keadaan.

Kalau pasal media akses adil tu. yang tu admin tak tahu.... =.='
sebab, tu hal media then yang membuatkan media itu juga manusia..takda manusia yang sempurna.
hurm, no komenlah..admin pun tak tahu. -.-

Dan yang admin fikir, dorang yang join BERSIH tu tak ingat ke kerajaan dah buat semua ni untuk kita?:
1. Pinjaman PTPTN/ biasiswa untuk pelajar
2. Loan
3. Elaun
4. Subsidi
5. Negara yang aman (pada mulanya)

banyak lagi kot, well maklumlah admin pun tak berani bagi komen sangat coz belajar pun tak lepas lagi. Mesti ada diantara para Demo ini kerja under Government kan?? apa akan terjadi sekiranya semuanya ditarik balik, segala elaun, gaji, subsidi? mesti kelam kabut juga..tak mustahil kita akan sama seperti indo~ yang masih lagi terbeelenggu dengan kemiskinan. [bersyukurlah rakyat Malaysia masih mampu hidup penuh kesederhanaan]

Sampai suatu saat, admin rasa takut bila BERSIH ini terlaksana dengan jayanya. akan adakah lagi negara Islam yang aman?? setelah berlaku banyak perbalahan sesama umat. Bila difikirkan balik, BERSIH ini seolah-olah suatu gerakan untuk menjayakan "The New World Order" dan admin berharap rakyat Malaysia sekalian haruslah berfikir dulu baik buruk aktiviti yang kita buat. [wallahualam]

Apa-apa pun, admin taknak panjang2kan lagi.. Itukan hak asasi masing-masing.
Sekiranya ada yang betul atau salah, mohon perbetulkan ayat admin :)
Admin tak berpihak mana-mana Pihak.
Sekadar insan biasa yang masih belum matang dalam mengendalikan pengalaman.

p/s: admin pun tak suka juga golongan orang yang tak adil ini. Jadi orang seperti itu harus dikenal pasti dan diambil tindakan. Jangan sampai setitik nila, rosak susu sebelangga. Betul tak?
Apa yang admin mampu cakap, perkemaskan undang-undang, dengar luahan rakyat, selidik pekerja dijabatan tertinggi dan yang mempunyai jawatan tinggi, elakkan rasuah atau riba, hapuskan penindasan kepada rakyat yang lemah.

semua boleh dirunding dan benda akan jadi senang kalau benda ini dapat dielakkan. Maka takdalah Bersih ni menghuruharakan??

Sekian.