Saturday, June 16, 2012

Happy Parents Day! ! !

Assalammualaikum~
Mesti ramai yang tahukan hari ini dan bulan ini adalah hari ibu dan ayah?? disini saya mahu mendedikasi sedikit coretan buat abah dan mumy saya yang tersayang <3

Mumy,
kau mengandungkan saya selama 9 bulan lebih.
menahan segala perit dan kesakitan dan bukan mudah untuk itu
mumy,
setelah saya dilahirkan,
kau menahan segala kesabaranmu mendidik saya
yang penuh kedegilan dan kenakalan.
mumy,
setelah berumur 20 tahun baru saya berani untuk meluahkan
bahawa saya sangat sayangkan mumy,
biar keras kepala mana sekalipun saya tetap sayangkan mumy!
biar selalu mana pun saya buat mumy marah dan kadangkalanya menangis
saya sentiasa mendoakan kehidupan mumy dunia dan akhirat.
biar kecil hati mana sekalipun saya pabila mumy memarahi aku
namun saya tahu, itu semua kerana mumy sayangkan saya bukan??
saya pun sangat sayangkan mumy kerana tanpa mumy saya mungkin jadi gelandangan yang
tidak punya apa-apa.
Sebelum terlambat untuk saya ungkapkan rasa kasih ini,
saya terlebih dahulu memohon maaf dan saya ingin mumy tahu bahawa
mumylah INSAN yang sentiasa saya SAYANG dalam apa jua keadaan.
SELAMAT HARI IBU! ! !


Abah,
engkaulah satria dihati saya,
kau sabar menghadapi sikap degil saya dan sentiasa
memberikan yang terbaik untuk saya
dikala saya sedih dan berduka
kau hadir mendengar segala keluhan saya
abah,
kau telah banyak berkorban untuk saya
kau jaga saya, makan dan pakai saya
kau beri semangat kepada saya.
abah,
setelah 20 tahun ini baru saya mampu meluahkan
bahwa abahlah lelaki yang paling saya sayang!
yang selalu memberi semangat dikala saya duka dan bersedih
abah, ketabahanmu mendidik saya
menjadikan saya sentiasa beringat untuk membahagiakan kamu
sentiasa membakar jiwa saya agar terus menjadi anak yang baik
abah,
saya sentiasa mendoakan kehidupan abah samada dunia mahupun akhirat
kerana abah,
lelaki yang tidak pernah merungut pasal saya
lelaki yang sentiasa bersabar dengan karenah saya
dan abah
saya meminta maaf andai selama ini saya telah banyak melukakan hati abah
Abah! saya sangat SAYANGkan abah!
SELAMAT HARI BAPA! ! !



saya sangat-sangat rindukan kamu berdua. Jatuh airmata saya membuat coretan ini. Saya sangat Sayangkan kamu berdua! ! ! ! 


I LOVE YOU, BOTH! ! ! !

< 3 Happy Parents Day <3