Friday, August 12, 2011

CERITERA :: Abu Bakar Ash-Shiddiq: Menerka bayi dalam perut




          Abu Bakar Ash-Shiddiq mempunyai kebun kurma yang menghasilkan 20 ausuq kurma. Apabila hampir wafat, beliau berkata kepada Aisyah binti Abu Bakar. “Wahai anakku. Demi Allah!! Tidak ada seorang kaya pun yang paling kucintai sepeninggalku selain engkau. Demikian juga tidak ada seorang fakir pun yang paling aku cintai sepeninggalku selain engaku. Aku telah meninggalkan 20 ausuq kurma sebagai harta warisan.
          Engkau mempunyai 2orang adik-beradik lelaki dan 2 orang perempuan (selain Aisyah). Maka bagilah harta warisan itu menurut kitab Allah.”
          “Wahai ayahku, demi Allah!! Jika begini begitu, lebih baik aku tinggalkan saja. Tapi, yang aku tahu saudariku Asma’, siapa lagi?” Tanya Aisyah.
          “Masih ada didalam perut. Aku tahu dia adalah seorang perempuan” jawab Abu Bakar.
          Setelah anak itu lahir, ternyata betul ia adalah perempuan.

Dalam peristiwa di atas, ada 2 kekeramatan Abu Bakar. Yang pertama: Beliau mengetahui bahawa beliau akan wafat dalam sakitnya itu. Dan yang kedua: beliau mengetahui bahawa anaknya yang bakal lahir adalah seorang perempuan. Begitulah keterangan At-Taji Subki.
          Fakhrurrazi dalam menafsirkan surah Al-Kahfi menyebutkan bahawa ketika jenazah Abu Bakar dibawa ke kuburan yang terletak disisi Rasulullah s.a.w, orang yang mengucapkan salam; “Assalamualikum ya Rasulullah, ini Abu Bakar didepan pintu”.
          Tiba-tiba pintu terbuka dan terdengar suara; “sila masukkan kekasih itu kepada kekasihnya.”

Source:
Haji Ahmad Muhd Abd Ghaffar. (1997). Kisah 85 kekasih Allah. Kuala               Lumpur: Darul Nu’man.

No comments:

Post a Comment