Monday, September 5, 2011

Trend simbah asid makin berleluasa!!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera..

Apa dah nak jadi dengan dunia kita sekarang ni,
dulu simbah asid kat orang yang tak kenal then mangsa pulak wanita..pastu sekarang ada lelaki
tapi kes yang ini pula pasal wanita yang  cemburu dengan MADU sendiri.
Macamlah laki dia tu tak ceraikan dia kalau buat benda macamtu esh-esh-esh..


TEMERLOH: Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.


Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

Akibatnya, mangsa meraung sambil menekup muka menahan kesakitan sebelum dibantu suaminya berusia 30-an dan dikejarkan ke Hoshah.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata susulan itu, polis menahan seorang wanita iaitu madu mangsa di Selayang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.


Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan cemburu apabila wanita itu mengupah seorang lelaki lain untuk menyimbah asid pada mangsa.

“Polis mengklasifikasi kejadian terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.


Sumber: Berita harian

P/S: kan bagus kalau bermadu macam Siti Khadijah dan yang lelaki pula...tolonglah adil dengan isteri sendiri. tengok bila benda dah jadi begini, bukan saja isteri dihukum di akhirat kelak tapi suami lagi teruk kena sebab tak berlaku adil dengan isteri..aduiinaa..

No comments:

Post a Comment