Sunday, September 4, 2011

Peluru mampu tembus jaket kalis peluru!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera

Pasti korang dah pernah dengarkan arwah jurukamera BERNAMA tv3 meninggal ditempat kejadian kerana peluru curi. Berikut adalah sedikit renungan dan mohon agar kerajaan memperkasakan lagi langkah keselamatan krew agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber: http://berita-harian-online.com


Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman.


Beliau berkata, peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

“Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasukigrey area… masuk dariarmpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri, katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini hari ini.

Dr. Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. Bernama

 P/S: Sedekahkan AL-FATIHAH kepada Allahyarham Noramfaizul.
Moga beliau diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment