Sunday, September 4, 2011

Malu muka hancur, Tangguh majlis tunang

Assalamualaikum
dan salam sejahtera

kenapa manusia sekarang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki?
Sehingga kini, masih ada yang ingin mengubah bentuk ciptaan-Nya..Ubah itu, Ubah ini..
MOga-moga menjadi iktihar apa yang putri dapat info selepas godak gadik twitter putri tadi.

Sumber: www.hmetro.com.my


Seorang gadis merana dan terpaksa menangguhkan majlis pertunangan selepas sambutan Aidilfitri gara-gara produk kecantikan digunakannya menyebabkan kulit mukanya menggelupas.


Mangsa yang sebelum ini membeli dan menggunakan produk krim itu dibelenggu rasa malu berikutan kulit wajahnya ditumbuhi nanah berdarah, selain parut yang menjijikkan akibat penggunaan produk itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lin, 29, berkata mukanya menggelupas selepas menggunakan produk sebuah syarikat tempatan dipercayai berpunca daripada kandungan kimia Hydroquinone atau Tretinoin dalam produk ditawarkan.

Menurutnya, dia sebelum ini membeli produk itu awal Ogos lalu melalui rakannya yang menyarankan produk itu selepas mendapati warna kulit wajahnya tidak sekata.

Saya mencuba produk kecantikan itu bagi memulihkan kulit dengan harapan ia mampu mencerah dan mencantikkan kulit wajah sebelum melangsungkan pertunangan pada 10 September ini, katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, dia yang mempunyai kulit sensitif menggunakan produk itu pada waktu malam seperti disarankan.

Namun saya tidak sedap hati apabila kulit muka jadi radang kemerahan selain menggelupas dan jerawat yang sudah tiada muncul semula.

Rakan saya menasihati supaya terus menggunakan krim yang berharga RM60. Namun kulit muka semakin rosak hingga saya mengambil keputusan menghentikan penggunaannya pada 20 Ogos lalu, katanya.

Menurutnya, dia segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar di Ipoh sebelum doktor menasihatisupaya tidak lagi menggunakan krim yang dipercayai mengandungi kimia hydroquinone dan raksa.

Saya menyesal menggunakan produk itu yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan. Malah, ia pernah beberapa kali diserbu penguatkuasa farmasi kementerian, namun masih meneruskan kegiatan, katanya.

Menurutnya, dia akan membuat aduan kepada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Ipoh, Perak bagi menuntut ganti rugi berhubung kejadian dialaminya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, orang ramai perlu berhati-hati memilih produk kecantikan susulan penemuan berpuluh produk yang didapati mengandungi kimia terlarang.

P/S: Kan bagus klo kita guna petua kampung.Lagi selamat.
Nak muka putih lembut, guna je putih telur dan tisu wat masker muka ^^
guna tomato nak haluskan kulit
timun wat segarkan mata..

Happy Monday ^^



No comments:

Post a Comment