Thursday, October 13, 2011

Bila cinta sudah tak SEDAP

assalamualaikum
dan salam sejahtera

entry malam ini adalah cerita pasal CINTA kerek!! ahahhaa layannn





Sepi bila hati sudah tidak ada rasa lagi. Kenapakah? Atau memang hati sudah rasa cuak dengan cinta ini?. Kekadang memang akan terjadi seperti ini bila cinta tak lagi ada rasa, bila sayang tak ada lagi dijiwa kerna apa? Semuanya telah berubah.

Bermula dari awalnya percintaan, yalah kan masih FRESHIE lagi tu pasal la rasa best!! Tapi bila dah genap setahun dua..nah! mulalah nak buang muka, buat perangai. Cukuplah.Berhentilah. Memang tidak berbaloi bertahan mencintai orang yang tidak dapat kita terima lagi kerna apa? Cinta itu tak seharusnya miliki, kerna cinta itu tak seharusnya bahagia.

Kekadang, kita sendiri tidak sedar bahawa cinta itu adalah racun dan madu segala-galanya, kerna cinta itu juga antara penawar dan duri dalam kehidupan kita. Mencintai mereka yang telah berpaling merupakan hal yang terburuk sekali dalam hidup.

Kenapa? Malukah kamu dengan teman-teman kamu bahawa kamu sudah berpisah? Apa? Masih adakah yang mahu peduli pasal kamu kerna cinta? Mestilah tidak! Mereka tidak berhak menghakimi lumrah cinta kamu,kita,mereka dan siapa saja yang telah merasa cinta.

Memang benar! Semua cinta tidak ada yang kekal kecuali cinta pada agama dan sang pencipta. Tapi, bila semua kenangan terindah berubah menjadi kenangan terpahit dalam bercintalah akan memusnahkan kita. Kita harus sedar, gagal bercinta sekali bukan bermaksud anda akan gagal selamanya. Percayalah, nescaya suatu hari kelak akan ada yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Itu sudah pasti!

What?Why? panjang kah aku berbebel? Sorrylah. Semua tu hanya kiasan. Hurm. Apa agaknya akan terjadi sekiranya cinta sudah tidak memihak kepada kita? Ini adalah situasi sebelum dan selepas.

Situasi
Sebelum
Selepas
Happy Birthday
Bila masih hangat bercinta, tarikh betday g/bf ingat. Macam-macamlah barang yang nak beli. Itu ini, berhabis duit makbapak tuk g/bf jak semata-mata.
Bila dah rasa bosan, tarikh betday g/bf pon tak ingat dan ada juga yang buat-buat lupa. (malaslah tu nak beli hadiah) sampaikan nak wish betday pon macam HAREM!
Holiday
Bila masih kemaruk cinta, time holiday yang dibajetkan untuk merehatkan diri pon sanggup cancel semata-mata nak tengok pujaan hati. Tengok wayang, makan kepci, jejalan. Penat tu belakang kira
Bila dah malas dengan pasangan, g/bf ajak kuar date pon malas. Sakitlah, ada hal lah, macam-macam! Padahal senang-senang je kat umah maen dota. Syok sendiri. Ces! Hampeh.
Anniversary
Bila tiba time anniversary. Ya Rabbi! Tak ingat dunia. Date sampai malam tak ingat nak pulang umah
Tiba jak time anniversary, terus cakap kat pasangan, member ajak maen futsal. Ada pulak yang memang tak hingat langsung pun!
Time pokai
Bila masih in love tahap cipan! Duit elaun makan pon sanggup beri kat g/bf pinjam dan ada yang bagi ikhlas dari hati lagi tak merungut-rungut even bulan tu pon anda sedang pokai
Bila dah cuak, alahai kedekut bukan main. Ada duit extra OT pun cakap ngah pokai tapi pakai kasut bukan main. SUPRA!

Hurm, semua ni adalah tanda-tanda anda akan ditinggalkan oleh cinta, tak apa. Masih banyak lagi bunga dan kumbang di taman raudah nak di ambil. Apa yang penting, cintailah mereka apa adanya dan bukan cintai hanya kerana rupa paras dan harta yang ada tapi cintai mereka pada agama dan iman yang mereka miliki, cintai budi pekerti mereka.

Dan janganlah menjadi seperti monyet hilang tempat tinggal bila ditinggalkan kekasih hati. Semuanya pasti ada hikmah kerana sesungguhnya yang maha Esa lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Sedikit nasihat bagi mereka yang telah berkahwin, pertahankanlah apa yang wajar pertahankan kerana meleraikan ikatan kasih setelah lama tercipta akan mendapat kemurkaan-Nya dan tinggalkanlah mereka pabila sudah mendapat petunjuk daripada-Nya bahawa jodoh kamu hanya sampai itu. Dan yang penting, hormatilah dia seperti waktu kamu berkenalan.

Bagi yang nak bernikah tu dan yang telah bernikah tu...cubalah baca dan hayati cerita novel ni SESUCI KASIH SEORANG ISTERI karya Dzie tyea. Cerita yang banyak memberi pengajaran akan pentingnya perkahwinan yang mendapat keredhaan daripada-Nya. (geee..promote novel keluaran Kaki Novel pulak putri ni)

1 comment:

  1. still peminat novel g ah... haha. that's what I like about u. U love to read. I miss u girl.. ^_^

    ReplyDelete