Tuesday, October 4, 2011

Seorang wanita mencari jejaka yang telah memecahkan daranya!!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera

entry hari ini adalah seperti title kat atas...emmm WHAT!!! itu bukan title asallah alahai padahal entry kali ini adalah RENUNGAN untuk WANITA...hehehe jangan marah..saja nak cari gimik je...abaikan tajuk entry kat atas tu ye..apa yang penting putri harap korang renung-renungkanlah apa yang putri dah penat-penat menaip ini (padahal takda idea hahaha)


Salah siapa wanita ternoda? Entahlah kadang-kadang kita sendiri juga tidak tahu siapa yang harus kita persalahkan dalam hal ini. Wanita? Seringkali kita kaitkan dengan ibu, kakak, makcik, nenek,cucu perempuan, adik perempuan, kakak ipar, adik ipar dan sama waktu dengannya.

                Sedar tak sedar, dunia sekarang semakin ganas. Yang Adam sibuk mencari si dara, menodai dan mengotori tanpa ikatan yang sah. Marah? Mestilah marah!!! Siapa tak marah dara kita dah hilang. Ya Allah!! Sesungguhnya terserlah wanita itu serba lemah, mudah terpujuk dan digodai.

Dalam hal ini siapa yang sebenarnya bersalah? Jari masing-masing menunding menindakkan kealpaan sendiri.  Mereka mengenepikan tanggungjawab yang terwujud atas permainan cinta mereka. Kenapa? Sebab wanita ini serba lemah mudah tergoda dan terpujuk, apatah lagi dengan orang yang mereka sayang. Bahkan mereka sanggup menangis demi berkorban apa sahaja untuk yang mereka sayang.

                Namun, sedarkah mereka? Kita? Kamu? Wanita ini mudah terpedaya. Janganlah biarkan diri kamu hanyut dalam gelora duniawi. Sesungguhnya, anugerah yang Allah berikan kepada kita adalah amat bererti! Faham?! Kenapa? Sebab kita dilahirkan dalam keadaan yang sempurna, punya akal dan fikiran, punya hati dan otak. Jangan bertindak mengikut hati tapi bertindak mengikut akal fikiran!!

Sedih, wanita sekarang tidak tahu untung. Mengadaikan maruah demi kaum adam yang sering mencari kesempatan. Ya marah memang marah tapi tak semua juga Adam seperti dujarna, hanya sebilangan. Yang si hawa juga sibuk mengejar material, duit, pangkat dan nama. Tanpa menghiraukan yang mana halal dan mana haram. Pentingkah? Mestilah penting!! Tahu tak, kerja yang haram tidak membawa kita ke syurga, tidak mendapat keredhaan daripada Allah. Ingat! Yang di atas sana lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan Dia juga maha melihat apa yang kita buat tak terlihat dek mata kasar manusia.

                Wahai wanita, cubalah kita sayangi apa yang ada pada diri kita. Menjaga dan menghalang anasir yang mahu menghasut kita. Ingat ALLAH selalu, insyaAllah kita terhindar dari melakukan kemungkaran. Tak mengapa jika kamu tidak mahu berubah kerna itu hak asasi kamu tapi sedarlah masih banyak yang melupakan apa yang penting dalam hidup ini.

Tahu kah? Kita melakukan perbuatan terkutuk itu membuatkan kita membunuh nyawa seseorang. Siapa? Mestilah Anak haram yang kamu kandung itu!! BODOH!! Itu ungkapan paling pantas buat mereka yang membuang anak. Kenapa? Sebab mereka tidak mensyukuri dengan lahirnya umat baru ke dunia. Kejam! Mestilah mereka kejam! Bahkan merekalah pembunuh yang paling kejam berbanding pembunuh upah!. Sanggup membunuh darah daging sendiri, membuang dimerata tempat!

                Ces! Cubalah kita selami hati mereka kalau dapat mesti mereka akan mengatakan betapa bersyukurnya mereka kita mengandungkan mereka, betapa gembiranya mereka yang mereka akan sebentar lagi melihat dunia setelah 9 bulan dalam perut kita. Tapi apa yang kita buat? Kita musnahkan impian mereka! Kita gugurkan! Kita matikan! Kita buang mereka! Bahkan sampai sanggup membiarkan bayi kita dimakan oleh binatang buas! Huh! Sungguh kejam wanita sebegini.

                Tolonglah, terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan menyesal seumur hidup! Kalaulah kita memang tidak dapat menjaga mereka, sekurang-kurangnya bagilah kepada yang memerlukan. Sesungguhnya masih banyak lagi diluar sana berusaha mencari zuriat. Terutama buat mereka yang MENGHARGAI KEHIDUPAN!

                Puas?! Ya! Puas sudah meluah marah yang terbuku, meluah kata apa yang patut. Bukan niat untuk berat sebelah tapi yang salah adalah diri kita sendiri yang membiarkan arus kejahatan mengalir dalam darah kita. Membiarkan mereka diluar sana mengambil kesempatan terhadap kita.
Dari itu, marilah kita menjaga maruah kita! Elakkan kemaksiatan! Elakkan pembuangan bayi! Elakkan pelacuran diri. Kerana itu semua mendapat kemurkaan daripada Allah!

Sekian, artikel diatas tidak ada kena mengena dengan sesiapa mahupun yang sudah mati ataupun yang masih hidup. Ia hanya sekadar renungan buat kita semua. MARI MEMBENTERAS KEZALIMAN!




P/S: maaf atas penggunaan kata yang kasar kat artikel atas 


No comments:

Post a Comment