Wednesday, May 25, 2011

Isu ISLAM agama rasmi terbabit dalam politik?

salam
memang agak keterlaluan politik skang..dulu msalah laen..
sakang laen..apa, dorg fkir agama ni boleh men politik2. ptotlaha ada ckap org2 tua luk.. org politik ni lbh besar trdedah kpada kmungkaran..beristgifar putri...
ni ada sedikit petikan dari yahoo

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam.

“Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil.

“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam.

Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara.

Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini.

"Jika mereka melanggar perjanjian kita, maka mereka adalah musuh kita dan mesti dibuang dari negara ini," katanya.

"Kita tidak harus kompromi dengan mereka. Kita mesti tegas dengan mereka apabila menyentuh kontrak sosial yang dipersetujui," katanya lagi.

Malah kata beliau, adalah penting jawatan tinggi kerajaan tidak diberikan kepada bukan Muslim demi kepentingan negara.

“Kita tidak boleh beri jawatan penting kerajaan kepada bukan Muslim memandangkan bukan Islam tidak boleh menjadi menteri di negara Islam. Ketua tentera juga tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim.

"Tanpa memikirkan mengenai masa depan negara kita, kita memberikan mereka semua," katanya sambil menambah tindakan memberikan hak sivil mesti diseimbangkan dengan amalan Islam agar faham keadilan dalam Islam dan sistem Islam.

Dalam pada itu, timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Zamri Hashim pula berkata Muslim sewajarnya melihat menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar.

“Kita mesti melihat di luar (ruang) politik. Agenda Melayu sangat penting untuk (kita) tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu adalah Muslim. Bukan lagi tentang PAS dan Umno,” kata timbalan mufti Perak ini.

Timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan bahawa Malaysia tidak harus menjadi negara sekular.

“Ini kerana ramai ahli politik bukan Muslim mahu mengisytiharkan negara ini sebagai negara sekular, maka kerajaan tidak perlu membiayai program agama.

“Mereka bimbang bahawa jika kita terima Malaysia sebagai negara Islam maka ada banyak implikasi, bermakna hanya Muslim yang ada hak untuk menerajui negara ini,” katanya.

Mohd Rumaizuddin menambah orang Melayu diinjak-injak manakala bukan Muslim pula mengambil kesempatan ke atas mereka.

“Disebabkan politik, kita masih belum bebas selepas lebih 50 tahun negara merdeka,” katanya.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman menambah perlembagaan negara mesti digantikan kerana ia digunal oleh penjajah British.

p/s: apa yang penting.. sabah/sarawak adalah negeri makmur..tolong jangan libatkan kami dalam hal yang remeh seperti ini...STOP stupidity in POLiTICS!

No comments:

Post a Comment