Monday, May 9, 2011

Happy mother's day!!

macam dah lama dah putri x update blog ni..sampai lupa nak wat wish motherday kemarin kat semua warga blog..bukan apa..bz nak celebrate mothers day niyh:)
kat cni, putri selitkan puisi yang putri wat tuk semua ibu2,mama2,umi2,mumy2, dan yang sama waktu ngannya..jom layan jap :)

ibu,
senyummu tenangkan hatiku,
sehingga aku terkadang menyangka
kau seakan tidak mempunyai
masalah..
ibu,
tawamu menceriakan aku,
sehingga aku terkadang menyangka
kau seakan tabah menghadapi
semua ini..
ibu,
aku tahu betapa besarnya pengorbananmu..
betapa peritnya dirimu bbertarung nyawa
melahirkan aku didunia ini..
memberi kesempatan tuk melihat
bulan dan matahari.
tuk merasa apa itu kasih sayang dan cinta.
namun ibu,
aku tahu..
tak semuannya engkau merasa tabah
kerna mendidikku adalah satu ujian
terbesar buatmu
kerna
aku bukannya malaikat
yang sempurna sifatnya..
terkadang,
aku berfikir..
mengapa engkau tak pernah mengenal erti penat?
erti lelah?
padahal untuk menjaga seorang anak
amatlah sukar inikan pula
anak-anakmu ibu..
bukan aku seorang..
tapi ramai lagi anakmu.
ibu,
tabahnya kau hadapi semua ini
dan ibu
ampunkanlah dosa-dosaku,
halalkanlah makan minumku ibu
kerna
selama ini aku telah menyusahkan hidupmu
dan kini..
tibalah waktunya aku
berjasa padamu..
terima kasih ibu..,..
kerana telah menjaga aku sehingga apa yang
aku ada skang ini..

selamat hari ibu....


p/s:sedekahkan Al-Fatihah buat Sambayang Nokorom(nenek putri)
terima kasih semua... :)

No comments:

Post a Comment