Sunday, February 12, 2012

: 5 sifat lelaki yang wanita sukai :

Entry kali ni nak cerita sikit tentang perangai lelaki yang disukai wanita tapi tak semua orang ada pendapat yang sama~
well, "hati sama merah, rambut lain-lain) ----> sekarang ada rambut pink,ungu,kuning :P

so, sifat lelaki yang disukai wanita:




1. Lemah-lembut
ahem! bukan pondan okay..!
lelaki yang bersifat lemah-lembut ni selalu menghormati kaum hawa. Mereka tidak suka memaksa wanita ikut kemahuan mereka dan mereka ini juga mudah membiasakan diri dengan keadaan si wanita.






2. Peramah~mesra
Wanita amat suka kaum adam yang peramah dan mesra ini kerana lelaki yang peramah akan membuat wanita berasa selesa berada dengan mereka.
Wanita juga tidak merasa kekok untuk berbicara dan bergurau malah lelaki seperti ini jugalah yang sentiasa menerima kekurangan kaum wanita.





3. Tidak 'ego'
Wanita paling tidak suka bila ada lelaki EGO dan menganggap diri mereka HEBAT.
So, lelaki yang tidak ego dengan apa yang mereka ada membuat diri wanita sangat dihargai disamping mereka tidak merasa perbuatan itu menyebalkan.


4. Memahami
Lelaki yang memahami merupakan ciri-ciri yang dicari oleh kaum wanita.
Hal ini kerana tidak ramai lelaki sekarang yang memahami sifat wanita yang sukar dijangka malah lelaki yang memahami ini jugalah selalu buat wanita memerlukan mereka.

5. Sweet?romantik?
Tak ramai sebenarnya lelaki yang mempunyai sifat seperti ini dan yang ada pun kebanyakkannya "Boya".
So, kaum wanita~ lelaki seperti ini memang jarang sebab lelaki tidak suka sangat menunjukkan diri mereka itu sweet or romantik tapi mereka meluahkan perasaan dan rasa mereka melalui perbuatan and tanpa sedar.


Oleh itu, biarpun sifat-sifat ini antara sifat yang paling disukai oleh kaum wanita namun adalah lebih baik jika anda mampu menerima sifat pasangan anda masing-masing dan apa yang penting adalah terima kekurangan mereka.
Kaum wanita tidak suka jika kisah lama diungkit kembali
:D


No comments:

Post a Comment