Sunday, December 4, 2011

|motivasi| Dunia ini sempit rupanya.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak anda bayangkan bagaimana rasanya melihat mereka yang telah tiada berada didepan anda?
apa yang akan anda lakukan sekiranya peluang ini diberi kepada anda?
Memang mustahil untuk melihat mereka yang telah tiada untuk berada dihadapan anda kini namun siapa sangka akan hadirnya keajaiban yang mungkin jarang berlaku.
Putri tidak mahu mengatakan bahawa benda ini akan terjadi tetapi seiras dan hampir serupa peribadi mungkin merupakan peluang anda untuk mengingati mereka yang sudah lama pergi dari sisi.

Kadang-kadang rasa rindu juga ada dihati pabila mengingati mereka namun apakah anda juga mengingati akan kematian?
kematian yang kita sendiri tidak tahu bila akan tiba.
kematian yang kita sendiri tidak dapat jangka dan rancang seperti yang kita mahu.
Putri tahu mesti ramai yang mahu hidup selamanya dan itu adalah amat mustahil kerana hidup ini cuma sementara, cuma pinjaman yang kita bayar dengan kebaikan yang kita sendiri amalkan.

Syirik? bersubahat dengan syaitan adalah oerkara yang paling dimurkai Allah.
menduakan-Nya dengan yang lain untuk hal-hal yang tidak sepatutnya.
Mesti anda semua perasaan bukan, bahawa ramai orang merubah kejadian diri mereka, memuja kubur-kubur lama untuk mendapatkan kekayaan segera?
Mereka inilah yang tidak tahu akan betapa sempitnya dunia ini sebenarnya.\
Betapa sekejapnya masa berlalu dan apa yang akan terjadia adalah liang lahad yang menanti kita pada bila-bila masa sahaja.

Memang banyak Putri mengarut dalam blog ini dan semuanya bukanlah hiburan yang BEST. Tapi mesej yang sebenarnya yang putri nak sampaikan sungguh banyak dan tidak tahu bagaimana lagi mengungkapkannya.
Sedih? Putri amatlah menitikberatkan HAK ASASI WANITA dan Putri sama sekali berasa hampa apabila masih ada wanita yang masih tidak dapat mempertahankan hak mereka.

Mungkin, Putri sedikit OBSES dengan hak dan nasib wanita. Hal ini kerana wanita merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara yang bertamadun dan bertauliah dalam erti kata lain, sekiranya wanita ini tidak mempedulikan hak mereka maka negara itu juga tidak akan membangun dengan jayanya.
Apa sebenarnya maksud HAK WANITA yang Putri ingin sampaikan?
Putri tidak rela melihat wanita terjerumus dalam kancah pelacuran, perdagangan manusia, pembuangan bayi, mangsa pemerkosaan, dan masih banyak lagi penglibatan HITAM yang tidak sepatutnya wanita terlibat.

Bukan mahu mengatakan bahawa nasib wanita hanya di DALAM DAPUR sahaja tapi apa ynag Putri harapkan adalah peningkatan wanita dalam mengelakkan diri dari terlibat dengan semua itu. Kerana wanita adalah sungguh istimewa dan hanya wanita sendiri memahami apa kemahuan yang kita hendakkan.
Sebagai seorang wanita, Putri juga amat-amat berharap agar kaum wanita yang lain berusaha dan menjaga hak kita masing-masing demi membangunkan negara kita yang kian diJAJAH oleh anasir yang mahu menjatuhkan ISLAM dan itu perlulah dicegah.

Bila diingatkan kembali akan agenda-agenda PEMUSNAHAN ISLAM yang ingin dilakukan, hati rasa seperti dibakar hidup-hidup. Sedarkah anda bahawa PESTA SEKS BEBAS, PERHIMPUNAN KUNING dan PEMURTADan DIRI merupakan salah satu PLAN yang sudah lama dirancang oleh MEREKA yang ingin menjatuhkan ISLAM.? Semua ini telah dirancang dan oembangunan dunia baru akan dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab.

NEW WORLD ORDER dengan PUPPET!
mesti anda yang berminat untuk mengkaji mengenai FREEMANSON akan tahu hal ini. Ini kerana merekalah yang digerakkan oleh golongan yang tertinggi untuk menjalankan plan sesuai dengan plan yang telah dirancang sejak dari dulu lagi. Berhati-hatilah kita semua, kerana pemerintah kita juga ada yang menganut gerakan ini. GERAKAN DAJJAL iaitu gerakan membangkitkan dajjal yang mana dikhuatiri bahawa tanda-tanda kemunculan akan berlaku tidak lama lagi berdasarkan beberapa pemerhatian. Sebagai contoh, tasik yang tidak pernah kurang air walau seinci pun kini telah berkurang setiap bulan dan berdasarkan beberapa ayat, dajjal akan muncul sekiranya tasik itu kering. Nah ! apakah perasaan anda kini setelah mengetahui bahawa kita ini sebenarnya dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa?

Oleh itu, sedarlah kita sesama insan bahawa dunia ini sempit sebenarnya.

p/s: maaf atas perkara yang terlalu banyak mengarut dan terpulang kepada anda untuk menilai mana yang baik dan buruk sebagai pengajaran dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment